Infotainment

Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak

Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak
Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 1
December 23rd, 2021 | by Shira

Kini Trending

Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 2

Selepas tiga hari bertarung nyawa, penjaga gol pasukan bola sepak Tornado FC Pekanbaru, Indonesia iaitu Taufik Ramsyah telah menghembuskan nafas terakhir semalam (22 Disember 2021) akibat tempurung kepala retak.

Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 4

Foto: Sport Detik

Memetik laporan Sport Detik, Taufik Ramsyah dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan pasukan lawan, Wahana FC dalam perlawanan ‘Liga 3 Asprov PSSI Riau 2021’ yang berlangsung di Stadium Universiti Riau pada Sabtu lalu. Menurut sumber, insiden tersebut berlaku pada minit ke 40 dimana pasukan lawan cuba menjaringkan gol kemenangan setelah mata terikat 1-1 sementara Taufik berusaha mempertahankan gawang pasukannya.

Namun malang tidak berbau, keadaan pada ketika itu mula menjadi panik selepas berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan Taufik tidak sedarkan diri. Taufik kemudian dikejarkan ke hospital menaiki ambulans sementara permainan masih diteruskan dengan digantikan dengan pemain simpanan.

Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 6

Foto: Pekanbaru Tribunnews

Hasil laporan CT Scan mengesahkan Taufik mengalami kecederaan serius dimana tempurung kepalanya retak. Difahamkan, Taufik yang baru berusia 20 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 3 hari berada dalam keadaan koma. Lebih meruntun hati apabila mengetahui Taufik tidak sempat menjalani pembedahan di kepala.

Tak dinafikan, berita pemergian Taufik mengejutkan ramai dan ianya disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia bola sepak Indonesia. Berduka dengan pemain yang cukup berbakat itu, rakan sepasukannya turut datang menziarahi dan membawa jersey bernombor 1 lalu diletakkan di atas kubur Taufik.

Sumber: CNN Indonesia, Sport Detik


Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 8

The following two tabs change content below.


Rebah Ketika Beraksi Di Padang, Penjaga Gol Temui Ajal Akibat Tempurung Kepala Retak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo