Berita

Rekod tertinggi baharu lagi, 3,337 kes Covid-19, 15 kematian

Rekod tertinggi baharu lagi, 3,337 kes Covid-19, 15 kematian 2

Kuala Lumpur: Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan rekod tertinggi baharu apabila mencatatkan 3,337 kes hari ini dengan merekodkan 15 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara meningkat kepada 147,855 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 32,377 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,710 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 113,288 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,330 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,036 diikuti Selangor (1,036), Johor (460), Sabah (389), Kuala Lumpur (257) dan Pulau Pinang (234),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, ada pertambahan 15 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 578 kes.

“Sehingga kini, terdapat 195 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Rekod tertinggi baharu lagi, 3,337 kes Covid-19, 15 kematian 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo