Artikel Terkini

Rolex: Bermula Sebagai Penterjemah, Akhirnya Menjadi Pengeluar Jam Tangan Terkemuka Dunia

Rolex: Bermula Sebagai Penterjemah, Akhirnya Menjadi Pengeluar Jam Tangan Terkemuka Dunia 1

Rolex: Bermula Sebagai Penterjemah, Akhirnya Menjadi Pengeluar Jam Tangan Terkemuka Dunia 2

Rolex merupakan satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan salah satu jenama jam tangan mewah dan cukup terkenal di seluruh dunia.

Syarikat ini berdiri teguh lebih daripada seratus tahun, sudah tentu terdapat kisah menarik yang boleh kita pelajari bukan?

Asal-Usul Pengasas Rolex

Jenama ini telah
diasaskan oleh Hans Eberhard Wilhelm Wilsdolf. Beliau dilahirkan di Jerman pada
tahun 1881. Beliau dilahirkan dalam keluarga bisnes. Bapanya menjalankan
perniagaan barangan hardware. Dan Wilsdolf sepatutnya mewarisi
perniagaan ini.

Tetapi, kematian kedua ibu bapanya sewaktu beliau masih kecil telah merubah semuanya. Saudara-mara Wilsdolf telah menjual perniagaan tersebut dan hasilnya dimasukkan ke dalam Wilsdolf Trust.

Wilsdolf kemudiannya telah dihantar ke sekolah asrama untuk melanjutkan pelajarannya. Setelah menamatkan pengajiannya, lelaki ini berhijrah ke Geneva, Switzerland dan memulakan kerjaya di syarikat pengedar mutiara. Di sinilah beliau belajar tentang perdagangan dunia.

Bermula Sebagai Penterjemah

Beliau kemudiannya
meninggalkan syarikat tersebut untuk menyertai syarikat pengeksport jam, Cuno,
Korten. Disebabkan beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang
pembuatan jam, beliau dilantik sebagai seorang penterjemah. Beliau mula menimba
pengalaman penting yang akhirnya digunakan dalam bisnesnya di masa akan datang.

Pada tahun 1903, lelaki ini kemudiannya berpindah ke London untuk membuka bisnes pembuatan jam dengan dibantu oleh rakan kongsinya iaitu Alfred James Davis yang juga merupakan abang iparnya.

Kelahiran Rolex Pada Tahun 1908

Di zaman itu, kebanyakan lelaki masih menggunakan jam poket, Wilsdorf pula menyedari potensi masa untuk jam tangan. Jadi, pada tahun 1908, jenama Rolex telah didaftarkan sebagai trademark dan meneruskan usaha untuk menghasilkan jam tangan yang menarik dan bergaya.

Kalau anda nak tahu, Rolex telah mendapat pengiktirafan jam tangan pertama yang lulus ujian ketahanan dan ketepatan yang hanya diberi kepada kronometer marin. Rolex juga menjadi antara pengeluar jam pertama yang memperkenalkan jam tangan kalis air dan kedap udara.

Branding Yang Kukuh

Rolex telah membina reputasi sebagai jenama yang tahan lasak apabila sering digunakan oleh para atlet kelas dunia. Di antaranya adalah Mercedes Gleitz, perenang wanita pertama yang cuba menyeberangi Selat Inggeris, Sir Malcolm Campbell pemandu British, Edmund Hillary, pendaki pertama yang berjaya menawan Gunung Everest dan ramai lagi.

Walaupun setelah kematian Wilsdorf pada tahun 1960, pengeluar jam tangan mewah ini masih kekal berada dalam kelas tersendiri. Mereka masih terus menaja acara-acara sukan hebat seperti perlumbaan motorsikal, perlumbaan kapal layar dan sebagainya.

Sumber Rujukan:

  1. https://successstory.com/companies/rolex
  2. https://www.britannica.com/topic/Rolex#ref1246294
Rolex: Bermula Sebagai Penterjemah, Akhirnya Menjadi Pengeluar Jam Tangan Terkemuka Dunia 3

Rolex: Bermula Sebagai Penterjemah, Akhirnya Menjadi Pengeluar Jam Tangan Terkemuka Dunia 2

Source link