Infotainment

Rusia Dan Amerika Syarikat Berebut Mahu Jadi Negara Pertama ‘Shooting’ Filem Di Angkasa

Rusia Dan Amerika Syarikat Berebut Mahu Jadi Negara Pertama ‘Shooting’ Filem Di Angkasa

Rusia Dan Amerika Syarikat Berebut Mahu Jadi Negara Pertama 'Shooting' Filem Di Angkasa 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Menjalankan penggambaran di beberapa negara di dunia sudah menjadi perkara biasa. Apa yang tidak biasa adalah membuat filem di angkasa. Itulah yang bakal menjadi sasaran dua negara besar dunia, Amerika Syarikat dan Rusia.

Science Times dalam laporan yang dikeluarkan olehnya menyatakan bahawa penggambaran filem di ruang angkasa kini menjadi misi penting buat dua negara terbabit. Semua ini bermula apabila NASA mengumumkan tahun lalu bahawa organisasi terbabit akan membuat filem dengan Tom Cruise di ruang angkasa.

Difahamkan bahawa filem terbabit tidak akan menggunakan kesan komputer dan keseluruhan penggambaran akan dilakukan di ruang angkasa. NASA turut melantik pengarah Doug Liman yang pernah mengarah filem Edge of Tomorrow atau American Made untuk menjayakan filem ini.

Tetapi, apa yang menjadi masalah kini adalah proses penggambarannya masih belum dijalankan. Tidak pasti adakah NASA menghadapi kekangan atau sebaliknya. Namun ia adalah peluang yang baik untuk agensi angkasa Rusia, Roscosmos untuk cuba memintas idea NASA.

Dilaporkan oleh NBC News, Roscosmos bakal melakukan penggambaran filem di ruang angkasa. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah muda Klim Shepenko dan pelakon terkenal Rusia iaitu Yulia Peresild.

Namun cubaan Rusia untuk memintas Amerika sebagai negara pertama yang menjalankan penggambaran di ruang angkasa mungkin tidak akan menjadi kenyataan disebabkan proses penggambaran terbabit belum bermula dan akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali kedua-dua negara berebut untuk menjadi yang pertama dalam semua hal ruang angkasa. Sebelum ini kedua-dua negara pernah merancang untuk menghantar manusia pertama ke angkasa dan ia berjaya dilakukan oleh Rusia.

Selepas itu, Amerika Syarikat memintas Rusia sebagai negara pertama yang berjaya menghantar angkasawan ke Bulan. Kini persaingan timbul lagi di mana kedua-duanya mahu menjadi negara pertama yang berjaya membuat filem di angkasa.

Misi ke Marikh tahun 2024, NASA ‘benarkan’ angkasawan jadi kanibalisme. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme

Selain Makhluk Seperti Labah-Labah, Saintis Dakwa Planet Marikh Turut Dihuni Malaikat

Saintis AS Perlukan Dana Sebanyak RM850 Juta, Rancang Mahu Kurangkan Cahaya Matahari



Rusia Dan Amerika Syarikat Berebut Mahu Jadi Negara Pertama 'Shooting' Filem Di Angkasa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo