Berita

Sabiha Gokcen kelima paling sibuk di Eropah

Sabiha Gokcen kelima paling sibuk di Eropah 1

Sabiha Gokcen kelima paling sibuk di Eropah 2

ASET luar negara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki disenaraikan di kedudukan kelima sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mencatatkan purata harian hampir 500 penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, Pertubuhan Eropah bagi Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol) yang beribu pejabat di Brussels, Belgium mengumumkan senarai kedudukan itu pada Oktober 2020.

“Kemampanan kumpulan MAHB disokong penuh oleh pemulihan menggalakkan yang dicatatkan lapangan terbang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan lalu.

“Sejak Julai 2020, trafik penumpang menyumbang lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kumpulan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pada Oktober lalu, 2020, Sabiha Gokcen menyumbang 60 peratus daripada jumlah trafik penumpang kumpulan itu sebanyak 2.6 juta.

“Ini membolehkan kumpulan mencapai 22 peratus daripada angka kami sebelum Covid-19,” katanya.

Mohd Shukrie berkata, pemulihan di Sabiha Gokcen dipacu terutama daripada perjalanan domestik di Turki.

“Bagi Oktober, trafik penumpang domestik berjumlah 80 peratus tahun ke tahun daripada angka sebelum Covid-19 manakala trafik penumpang antarabangsa sebanyak 40 peratus tahun ke tahun.

“Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di Sabiha Gokcen ialah Salam Air dari Muscat dengan kekerapan penerbangan dua kali seminggu,” katanya.

Bagi operasi di Malaysia, MAHB berkata, trafik penumpang domestik terus terjejas akibat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, 35 syarikat penerbangan sedang beroperasi dari Malaysia ke 31 destinasi di 23 negara yang menyediakan sambungan penerbangan penting bagi negara.

“Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL adalah Nepal Airlines dari Kathmandu pada 26 Oktober lalu dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu,” katanya.

Sabiha Gokcen kelima paling sibuk di Eropah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo