Artikel Terkini

Saraswathy, Fuziah angkat sumpah senator

Saraswathy, Fuziah angkat sumpah senator
Saraswathy, Fuziah angkat sumpah senator 1

Saraswathy, Fuziah angkat sumpah senator
Naib Presiden PKR K Saraswathy dan bekas ketua wanita PKR Fuziah Salleh dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, serta timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR K Saraswathy dan bekas ketua wanita PKR Fuziah Salleh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini.

Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim di Bangunan Parlimen, di sini pada 9.04 pagi.

Saraswathy dan Fuziah adalah antara 27 timbalan menteri yang dilantik seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam tadi, masing-masing menggalas jawatan timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, serta timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.

Fuziah sebelum ini pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Pada PRU lalu, Saraswathy tewas di Tapah, manakala Fuziah kalah di Kuantan.

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara 3 petang ini.

Sementara itu, Rais dalam ucapan aluan pelantikan kedua-dua senator berkenaan menasihatkan mereka supaya mengambil perhatian terhadap apa yang dilafazkan dalam sumpah setia iaitu kewajipan serta berusaha sedaya upaya dalam menjalankan tugas.

Selain itu, katanya, senator berkenaan juga bersumpah supaya taat setia kepada negara dan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan.

“Setelah kita melangkaui pintu dewan ini keluar, kebiasaannya ialah kita lupa atas apa yang dilafazkan itu. Seruan saya cuma pada pagi ini, seruan itu tetap berlegar dalam pemikiran dan menjalankan tugas sebagai seorang senator atau Ahli Dewan Negara di samping tugas-tugas rasmi dalam kerajaan.

“Jangan lupakan dewan ini terutama dalam menunaikan tanggungjawab hadir semasa menjawab soalan dan semasa diperlukan oleh dewan yang mulia ini. Selamat berkhidmat,” katanya.


Saraswathy, Fuziah angkat sumpah senator 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo