Infotainment

“Saya Berhijab Untuk Allah Bukan Media Sosial”

“Saya Berhijab Untuk Allah Bukan Media Sosial”
"Saya Berhijab Untuk Allah Bukan Media Sosial" 1

Mula berhijab sejak Jun tahun lalu, pasti ramai tahu pelakon Nur Fazura tidak berkongsikan mengenai kisah hijrahnya kepada umum.

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Fazura berkata sebelum ini setiap tahun dia akan berhijab pada bulan Ramadan namun belum bersedia untuk berhijab di tambah pula dengan komitmen kerja.

BACA: Netizen Puji Fazura Tak Kekok Peluk Cium Peminat

“Ianya perjalanan yang panjang. Sebelum ini pun Faz berjinak-jinak dulu setiap Ramadan saya akan pakai tudung.

“Lepas dah pakai tu habis je raya, mungkin tak sedia lagi. Masa tu Faz banyak kontrak yang dah ditandatangani, kalau tiba-tiba nak pakai tudung tak kena pula dengan jenama mereka, so belum lagilah,” katanya.

Menurut Fazura selepas beberapa tahun akhirnya dia membuat keputusan untuk bertudung terus. Jelasnya, sebab mengapa dia tidak menguar-uarkan kerana dia beribadah untuk Allah bukan untuk tatapan umum.

“Untuk beberapa tahun buat benda yang sama, lepas tu saya cakap dekat Fattah nak pakai tudung dan Fattah beri cadangan cuba shawl dulu.

“Lepas tu pakai shawl, tapi tak boleh la rasa macam tak kemas, rasa macam nak pakai tudung terus dan saya pakai terus.

“Sebab saya tak nak terlalu uar-uarkan perkara itu kerana everyday is a learning chapter dan matlamat utama kita tu apa bila kita bertudung. Bila kita beribadah untuk Allah itu adalah untuk Allah dan bukan untuk tatapan semua orang. Itu nawaitu Faz,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura berkata dia enggan bercerita lanjut kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan kerana apa yang penting baginya biarlah hanya Allah sahaja yang tahu.

“Sebab tu Faz tak cakap apa-apa. Bila kita terlalu banyak cakap, kita tak tahu esok lusa macam mana, Faz takut nanti itu akan makan diri kita.

“Untuk saya, sia-sialah ibadah Faz itu kalau buat sesuatu untuk media sosial untuk tatapan umum. Bagi saya itu adalah satu kerja yang sia-sia, kita jadi riak. Apa-apa Faz buat biarlah saya dengan Allah je yang tahu,” katanya.


"Saya Berhijab Untuk Allah Bukan Media Sosial" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list