Infotainment

“Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri”- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi

"Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri"- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi 1

"Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri"- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi 2

Susulan kritikan daripada pengarah dan penerbit terkemuka, Ellie Suriati mengenai filem Mael Totey yang menurutnya tidak boleh dianggap sebagai penanda aras bagi karya kreatif di Malaysia, Youtuber dan juga pengarah filem tersebut, Syahmi Sazli tampil memberikan respon.

"Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri"- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi 3Tidak melatah, Syahmi menyifatkan pandangan seniwati Ellie Suriati itu sebagai teguran ‘kakak kepada adik’ dan bukanlah bersifat peribadi.

Syahmi yang dihubungi media baru-baru ini turut bersetuju dengan dakwaan Ellie itu. Menurutnya, jika isu teknikal yang dimaksudkan pengarah itu memang benar tidak mencapai standard kerana dia hanya menggunakan peralatan apa yang ada saja. Memberi contoh kamera yang digunakan sepanjang penggambaran, adalah peralatan yang sama digunakannya dalam penghasilan video di saluran Youtube miliknya.

“Dari segi teknikal, saya setujulah apa yang dia cakap. Tapi jika dia komen berkaitan ‘standard’ sesebuah karya, saya tak setuju sebab nak tahu juga ‘standard’ macam mana yang dimaksudkannya. Adakah ‘standard’ sesebuah karya itu perlu bersentuhan kerana untuk filem ini, memang tiada babak bersentuhan dilakukan. Ia lebih mengikut kepada standard saya sendiri,”

Ujarnya lagi, dia memasuki industri penerbitan dan pengarahan filem tidak seperti penggiat seni yang lain dan memilih untuk membuat filem mengikut ‘standard’nya yang tersendiri.

Tambahnya, dia tekad untuk membikin filem Mael Totey The Movie ini khas buat penonton yang sudah kenal dengan genre karya-karya yang dihasilkan menerusi saluran Youtube terutamanya.

Sumber : Harian Metro





"Saya Buat Filem Ikut Standard Saya Sendiri"- Pengarah Filem Mael Totey, Syahmi Sazli Anggap Teguran Ellie Suriati Tidak Bersifat Peribadi 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo