Infotainment

“Saya Lega Episod Sedih Saya Akan Berakhir”

"Saya Lega Episod Sedih Saya Akan Berakhir" 2

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan setahun sahaja dan bakal bertemu titik noktah, pelakon Nadia Brian berkata apa yang berlaku menjadikan dirinya lebih kuat dan matang.

Ujarnya, tiada siapa yang mahukan perceraian namun dia reda jika sudah tertulis jodoh hanya sampai setakat itu sahaja. Kata Nadia lagi, dia lega episod sedihnya akan berakhir dan mahu membuka buku baru.

BACA: Nadia Brian Akui Tak Bahagia, Tak Sabar Nak Semuanya Selesai

“Setiap orang yang berkahwin mahu rumah tangga itu kekal. Sebelum berkahwin, saya sangat gembira dan ‘happy go lucky’. Saya fikir kalau berkahwin mahu ia hingga akhir hayat. Tapi, apabila Allah kata jodoh kita sampai di situ, kena ‘move on’. Apa yang terjadi ini mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dan lebih kuat.

“Sekarang ini, untuk bersedia apa jua kemungkinan, sebenarnya kita kena sentiasa bersedia. Ada dugaan atau tak, kena bersedia. Macam saya, saya lega apabila episod sedih saya akan berakhir. Saya tidak mahu ingat lagi perkara sedih yang berlaku. Saya nak tutup buku lama dan buka buku baharu. Saya nak aura baharu yang lebih positif,” katanya.

Meskipun berdepan kegagalan dalam rumah tangga, Nadia berkata dia tidak akan sesekali membenci perkahwinan. Ujarnya, dia juga mahu rasa bahagia dan menimang cahaya mata seperti wanita lain.

“Soal cari pengganti, bukan keutamaan saya ketika ini. Belum masanya lagi. Tapi, tidak bermakna pula saya serik dengan perkahwinan. Saya pun nak berasa bahagia dan ada zuriat juga.

“Tak boleh cakap benci dengan perkahwinan. Sebab kita tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Cuma, apa boleh dibuat adalah belajar daripada kesilapan. Banyak saya belajar soal perkahwinan sepanjang setahun berkahwin. Apapun, saya mendokan semua orang dapat rasa kebahagiaan. Tak nak sakitkan hati orang,” katanya.



"Saya Lega Episod Sedih Saya Akan Berakhir" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo