Infotainment

“Saya Tak Fikir Pun..” Tak Berminat Untuk Berlakon, Jiwa Haqiem Rusli Lebih Kepada Muzik Dan Nyanyian


Terlibat dengan dunia seni tempatan sejak kecil lagi, perjuangan penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli nampaknya membuahkan hasil setelah merangkul anugerah daripada pengiktirafan peminat.

Meskipun baru saja mencecah umur 21 tahun, Haqiem telah mencipta liga peminatnya sendiri dan kini mula berada di puncak populariti.

Sentiasa meluahkan rasa syukur kerana memperoleh rezeki yang tidak putus-putus, Haqiem mengakui turut menerima permintaan daripada penyanyi lain yang mahukan hasil karyanya.

Selain bidang muzik, Haqiem turut ditanyakan mengenai kecenderungan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pula selain daripada menyanyi dan mencipta lagu.

“Kalau nak berlakon, saya tak fikir pun. Memang saya ada juga pengalaman berlakon sebelum ini,tapi minat utama tetap pada muzik dan nyanyian. Jadi rasanya biarlah saya fokus pada dua bidang ini dulu. Lagipun ada juga penyanyi lain nakkan lagu saya. Namun kalau lagu itu sesuai dan disukai mereka, saya okey saja beri pada mereka untuk dinyanyikan,”

Lebih suka merancang dan tidak terburu-buru atau terlalu mengejar peluang yang ada, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini mempunyai banyak perancangan dalam menerbitkan lagu di masa hadapan.

Dia dalam pada masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada peminat terutamanya kelab peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga memperoleh kejayaan menggondol Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo