Berita

‘Saya tak pernah tolak berlakon, tapi beri teguran sahaja’ – Bob Lokman

'Saya tak pernah tolak berlakon, tapi beri teguran sahaja' - Bob Lokman 2

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, 56, masih sedia berlakon semula sekiranya mendapat watak yang sesuai dengannya dan dirasakan memberi manfaat.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman dihubungi berkata dia tidak pernah menolak bidang lakonan, tetapi sekadar menegur dengan tegas sahaja mengenai beberapa perkara membabitkan tuntutan agama.

“Kalau berlakon itu, tak ada masalah nak teruskan. Tapi, yang saya pernah tegur apabila membabitkan aurat pelakon wanita, penjagaan waktu solat di kalangan warga produksi serta melarang adegan yang tidak sepatutnya, itu sahaja.

“Bagaimanapun, untuk saya sendiri rasanya dah tak sesuai lagi hendak berlakon. Malah, ada ke pihak produksi yang sudi ambil saya berlakon untuk drama mereka?” katanya kepada Harian Metro.

Bob yang kini makin sihat dan bertenaga selepas menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) awal bulan ini, berkata dia sekarang mengintai peluang perniagaan.

“Sebenarnya, saya sekarang mencari rakan-rakan yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar tuisyen secara dalam talian (online) dengan pakej bulanan RM68 untuk 24 mata pelajaran merangkumi pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Saya baharu menjalankan perniagaan tuisyen ini sekitar seminggu yang lalu memandangkan menuntut ilmu itu juga penting. Bahkan, perkhidmatan pakej bulanan yang saya sediakan juga berpatutan dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi,” katanya.

Menurut Bob lagi, dia kini semakin bertenaga dan bersemangat untuk mencari peluang perniagaan sebagai usaha mencari pendapatan untuk menyara keluarganya.

Mengulas mengenai rawatannya, Bob berkata buat masa sekarang dia perlu ke hospital Sultanah Bahiyah, Kedah setiap dua minggu bagi menjalani pemerilsaan susulan mengikut temujanji yang dibuat oleh doktor.

“Apapun, saya bersyukur keadaan kesihatan sekarang semakin baik, sihat dan membuatkan lebih bersemangat untuk bekerja. Terima kasih kepada semua orang yang sudah mendoakan buat kesihatan saya.

“Semoga saya terus sihat dan pulih untuk kembali aktif melakukan apa yang termampu bagi mencari rezeki buat keluarga serta meneruskan kelangsungan kehidupan ini,” katanya.

Bob yang kini menetap di kampung kelahirannya di Kubang Kerian, Kelantan berkata dia sangat bersyukur kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah SWT, ternasuk boleh bernafas lagi untuk meneruskan sisa hidupnya.

Ketika aktif berlakon dahulu, Bob pernah membintangi drama, filem dan sitkom. Antara filem pernah dibintanginya ialah Jin Notti, Santau dan Zoo, manakala dia juga adalah penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search.

#kw Bob Lokman, pelakon, pelawak dan penulis lirik

#loc Kuala Lumpur

-ENDS/

'Saya tak pernah tolak berlakon, tapi beri teguran sahaja' - Bob Lokman 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo