Infotainment

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 1

Kini Trending

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 2

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Korang mesti tak miss untuk dengar pembentangan tu kan?

Kalau korang nak tahu, PEMULIH ialah bantuan tambahan untuk rakyat dan perniagaan bertahan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagi menyokong kelangsungan perniagaan, inisiatif ni bakal beri manfaat kepada sektor yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kat sini kami kongsikan senarai bantuan menerusi PEMULIH buat sektor-sektor yang terjejas di luar sana. Mungkin korang salah seorang yang terlibat? Kalau macam tu, let’s go!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 4

Berita baik! Bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan disalurkan kepada penerima yang layak. Sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021.

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ni, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti. Jangan lupa mohon!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 6

Khas buat majikan! Program Subsidi Upah (PSU) sekarang dah ada versi baru iaitu PSU 4.0 yang akan dilaksanakan selama 4 bulan, bermula 1 Ogos 2021.

PSU 4.0 akan disalurkan terus kepada majikan. Bantuan ni terhad untuk 500 orang pekerja. Sebanyak RM600 bagi setiap pekerja akan diberikan kepada majikan untuk dua bulan pertama. Dua bulan selebihnya adalah khas untuk sektor dalam senarai negatif.

Sebelum ni, syarat gaji pekerja kenalah RM4,000 ke bawah. Kali ni, tiada syarat had gaji ditetapkan. Senang cerita, majikan boleh mohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000. Majikan hanya perlu masukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 8

Buat majikan yang tak dapat beroperasi semasa PKP, korang diberi pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan. Tak perlu daftar apa-apa sebab semua majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan dikecualikan daripada caruman secara automatik.

Selain tu, majikan daripada sektor baharu dirangkumi ekoran peluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001 akan dilanjutkan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 10

Banyak peluang pekerjaan yang disediakan dalam PenjanaKerjaya 3.0 ni. Ada beberapa penambah baiikan jugak. Antaranya had kelayakan gaji dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program #Malaysianisation. Sebagai dorongan untuk majikan ganti pekerja asing dengan pekerja tempatan jugak.

Lepas tu, kontrak penggajian jugak dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan. Bagus kan?

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 12

Usahawan tempatan mesti dah biasa dengan Program Shop Malaysia Online kan? Ia diperkenalkan di bawah pakej PENJANA pada tahun lalu. Sekarang dah ada tambahan peruntukan RM300 juta pulak tu.

Program ni dah berjaya bantu lebih 200 ribu usahawan tempatan. Jualan mereka jugak meningkat melalui platform e-Dagang dengan nilai transaksi mencecah RM1.8 bilion. Hebat la!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 14

Rakyat Malaysia dengan hiburan tak dapat dipisahkan. Oleh itu, peruntukan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan akan diberikan bagi menyokong industri seni & kreatif tempatan. Apa yang penggiat seni ni akan dapat?

Antaranya insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO. Mereka jugak dapat produk untuk tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 16

Sejak PKP dilaksanakan, taska dan tadika swasta tak dibenarkan beroperasi. Oleh itu, semestinya ada bantuan istimewa buat pengusaha taska dan tadika swasta di luar sana.

Bantuan Khas Taska sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 18

Kalau sekolah tak boleh dibuka kepada pelajar untuk datang semasa PKP, kantin juga tak boleh beroperasi. Betul tak? Sebab tu la adanya Bantuan Khas Pengusaha Kantin. Bantuan kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 20

Faham sangat dengan keadaan pandemik yang tak membenarkan pusat sukan beroperasi. Oleh itu, pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya akan menerima Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan secara one-off sebanyak RM3,000. Ingat tu!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 22

Bagi membantu golongan OKU yang hilang pekerjaaan atau tiada kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, ada Bantuan Khas Golongan OKU tau. Bantuan kewangan RM500/seorang akan diberikan untuk tempoh tiga bulan.

Kemudian, Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU jugak dibuat untuk menyediakan bantuan asas modal perniagaan. Dengan itu, OKU dan gelandangan dapat dibimbing untuk mengurus perniagaan mereka. Jangan lupa support mereka!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 24

Bagi korang yang buat pinjaman perniagaan dengan MARA, korang boleh mohon penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan sehingga 36 bulan. Terpulang pada korang okay?

Bukan setakat tu je. MARA jugak akan lanjutkan diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021. Dapat la bernafas lega sikit kan?

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 26

Sektor Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) paling terkesan sewaktu PKP. Bagi mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan, had siling jaminan di bawah SJPP ditingkatkan sebanyak RM20 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM56.5 bilion.

Buat perniagaan mikro pulak, program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga RM1.1 bilion. Pembiayaan mudah ni akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional yang masing-masing berjumlah RM500 juta, dan TEKUN sebanyak RM100 juta.

Institusi koperasi juga disokong melalui peruntukan RM20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 28

Korang yang terlibat dalam agensi pelancongan, dengar ni! Bantuan one-off sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar. Bantuan ni sebagai pendorong atau kick-start untuk korang apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak.

Lebih-lebih lagi, korang jugak ditangguhkan untuk pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat. Pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan juga akan diberikan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini. Sabar sikit lagi!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 30

Korang salah seorang ahli KWSP? Mungkin korang berminat untuk mohon i-Citra untuk kelangsungan perniagaan korang. Pengeluaran sehingga RM5,000 boleh dibuat dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. Tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli ya.

Permohonan program i-Citra boleh dibuat di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Boleh mohon kalau berminat.

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 32

Korang mesti dah tahu pasal moratorium ni kan? Permohonan moratorium ni dah dibuka pada 7 Julai 2021. Tak kisah la korang ni golongan golongan B40, M40 atau T20, malah usahawan mikro sekalipun, semua peminjam individu boleh mohon moratorium selama enam bulan.

Kali ni, syarat dah dilonggarkan. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan. Tiada jugak semakan sama ada korang dah hilang pekerjaan. Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Mudah dan cepat!

Kemudahan moratorium ni ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas jugak. Tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Hubungi pihak bank untuk memohon ya!

Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 34

Banyak juga bantuan yang disalurkan menerusi PEMULIH. Jangan lupa kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan-rakan korang yang ekonominya terjejas semasa PKP 3.0. Sharing is caring!

Kita kenalah hargai usaha murni oleh kerajaan bagi membantu sektor perniagaan, PKS dan peniaga dalam menghadapi kesukaran dalam segi ekonomi semasa PKP 3.0. Memang tabik la!

Untuk info lebih lanjut tentang setiap bantuan, korang boleh terus ke laman web Kementerian Kewangan di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/.

Semoga bantuan PEMULIH dapat mengurangkan beban perniagaan korang di luar sana!


Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 36

The following two tabs change content below.



Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP, Moga Peniaga Juga Dapat Bertahan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo