Infotainment

Sering Dituduh Dan Dikecam, Ini 4 Perkara Yang Mengejutkan Tentang Industri Perladangan Malaysia

Sering Dituduh Dan Dikecam, Ini 4 Perkara Yang Mengejutkan Tentang Industri Perladangan Malaysia

Sering Dituduh Dan Dikecam, Ini 4 Perkara Yang Mengejutkan Tentang Industri Perladangan Malaysia 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tahukah anda bahawa terdapat sejenis tanaman yang menyumbang sebanyak RM70 billion kepada negara, menjadi sumber rezeki kepada 650,000 keluarga peladang serta jutaan pekerja lain tetapi sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan menimbulkan salah faham di kalangan orang Malaysia sendiri?

Sesetengah pihak menggelarnya sebagai tanaman yang dicemburui negara-negara Kesatuan Eropah sehingga dikecam dan menerima pelbagai tohmahan. Sebagai negara pengeluar kedua dunia terbesar tanaman tersebut, industri sawit negara merupakan antara mangsa cemburu barat sehingga dituduh sebagai salah satu penyebab utama penebangan hutan di negara kita.

4 tuduhan tidak benar tentang industri sawit Asean:

1. Industri sawit pemangkin penebangan hutan
2. Penyebab kepupusan spesies flora dan fauna
3. Mengamalkan buruh paksa dan buruh kanak-kanak
4. Minyak sawit tidak sihat berbanding minyak sayuran lain dan banyak lagi

Tapi sebenarnya, hampir kesemua negara-negara pengeluar hasil minyak sawit dah ada pensijilan minyak sawit mampan. Termasuklah, Malaysia yang mempunyai pensijilan kebangsaan tersendiri dinamakan sebagai Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

1

MSPO berfungsi untuk mengawal selia kelestarian perindustrian minyak sawit tempatan, terutama sekali dalam hal penebangan hutan dan pemeliharaan flora serta fauna.

2

MSPO diperkenalkan pada tahun 2015, awalnya ia berkonsepkan sukarela. Namun, bagi memastikan produk sawit Malaysia lebih mampan dan boleh dijual ke pasaran dunia MSPO kini diwajibkan buat semua pengeluar bahan sawit tempatan.

Ladang sawit yang tidak mempunyai pensijilan MSPO berdepan risiko untuk ditarik balik lesen pengusahaan ladang mereka dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen.

MSPO mengetengahkan 7 prinsip yang perlu dipatuhi seperti di bawah:

1. Komitmen dan Tanggungjawab Pengurusan,
2. Ketelusan
3. Pematuhan Terhadap Keperluan Undang-undang,
4. Tanggungjawab Sosial, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan
5. Pemeliharaan Alam Sekitar, Sumber Semulajadi, Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem
6. Amalan Baik Perladangan
7. Pembangunan Kawasan Baru

Melalui skim MSPO sebarang penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haiwan liar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya, terdapat haiwan liar di ladang sawit, maka, pekebun haruslah menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan seperti PERHILITAN supaya haiwan terbabit dapat dipindahkan ke pusat pemeliharaan atau habitat lain.

Skim pensijilan MSPO juga mengutamakan kebajikan pekerja yang terlibat dalam industri sawit. Setiap pekerja kini mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan selain turut diberikan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai insentif lain.

3

Malah, setiap pekerja dilindungi Akta Kerja 1955 yang memperakui hak pekerja dan Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk melakukan pekerjaan tanpa kerelaan individu tersebut. Hal ini sekaligus, membuktikan tuduhan Kesatuan Eropah tentang buruh paksa adalah tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, minyak sayuran seperti soya dan zaitun yang sering menjadi pilihan negara barat itu memerlukan kawasan yang lebih besar berbanding minyak sawit.

Menurut WWF, tanaman soya mampu menghasilkan 0.4 metrik tan minyak per hektar, iaitu hampir sembilan kali lebih rendah berbanding minyak sawit yang mampu menghasilkan 3.3 metrik tan per hektar.

Bermakna, mereka memerlukan kawasan dengan keluasan sehinga 8 hektar lebih besar untuk penghasilan minyak soya yang sama banyak dengan minyak sawit per hektar.

Tuduhan yang menyatakan minyak sawit tidak sihat berbanding minyak sayuran lain seperti minyak zaitun juga tidak benar. Ini kerana, minyak sawit negara terutamanya minyak sawit merah (virgin) sangat kaya dengan kandungan vitamin E.

4

Terutamanya minyak kelapa sawit merah yang dibuktikan oleh kajian saintifik padat dengan tokotrienol – satu bentuk vitamin E dan A, kaya antioksidan serta fitonutrien lain yang membantu masalah kekurangan vitamin serta menyokong jantung menangani stres. Selain itu, ia juga mampu mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah serta mengurangkan tekanan darah.

Jadi, kita harusnya berbangga dengan kemajuan industri sawit kita sekarang. Setelah pelbagai usaha dijalankan bagi melindungi kelestarian alam sekitar dari segi pengurangan penebangan hutan, pemeliharaan dan pemuliharaan flora juga fauna serta kebajikan pekerja.

Sebagai tanda berbangga itu maka jomlah kita sama-sama menyokong produk hasil dari minyak sawit negara kita. Minyak sawit ini bukan sekadar minyak masak dan marjerin sahaja. Ia juga digunakan dalam penghasilan sabun, barang-barang kosmetik, mi segera dan banyak lagi!

Selepas ini kalau ada jumpa barang keperluan yang mengandungi minyak sawit tidak perlu teragak-agak lagi, anda boleh terus beli!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Selepas 19 Tahun, Peminat Terpegun Lihat Wajah Terkini Avril Lavigne

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

Meriah Tawar Menawar, Netizen Terkejut Wujud ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook



Sering Dituduh Dan Dikecam, Ini 4 Perkara Yang Mengejutkan Tentang Industri Perladangan Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo