Infotainment

Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot

Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot 1

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon Fauzi Nawawi selepas berkongsikan tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama Raja Farah.

Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.

BACA: Cerita Babak Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” kata Shuk kepada Fauzi.

Susulan tindakannya itu, ada segelintir netizen mahu pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontroversi. Malah, netizen turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.

Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot 2

“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau orang lain bayangkan anak atau isteri kau?

“Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka,” komen seorang netizen

Terdahulu, Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suaminya. Mengakui kesilapannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memalukan Raja Farah.

Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.


Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo