Infotainment

Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan
Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan 1

Semalam, setiap orang tidak kira pelusuk kaum dan agama telah turun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 untuk menentukan tampuk kepimpinan 5 tahun yang akan datang.

Hari ini, Malaysia berada di ambang pasca PRU15 di mana negara menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tampil memberikan pandangan yang berbeza bagi tujuan utama untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Awal pagi tadi, kedua-dua pemimpin parti iaitu Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media berasingan kira-kira jam 3 pagi.

Bagi pihak PN, Muhyiddin memaklumkan bahawa partinya terbuka untuk bergabung dengan mana-mana parti yang sedia ada bagi membentuk kerajaan yang bersih dan stabil namun enggan berkolaborasi dengan PH.

Malah, Muhyiddin juga mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Yang Dipertuan Agong bagi tindakan seterusnya bagi membentuk kerajaan.

Manakala Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu di mana mereka memiliki sokongan lebih 111 kerusi dan akan melaksanakannya apabila diperkenan YDPA kelak.

PH Blok terbesar memperoleh jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan suara majoriti.

Kita mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila ada perkenan YDPA.

Jelas Anwar lagi, dakwaan Muhyiddin bahawa partinya boleh membentuk kerajaan adalah mustahil dan khabar angin semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selebriti mengundi pru15


15 jam lalu

(FOTO) IG Penuh Selfie Jari Berdakwat, Ini Antara Artis Tunjuk Bukti Dah Keluar Mengundi!


Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo