Infotainment

“Siapa Yang Kahwin Mahu Bercerai?”

"Siapa Yang Kahwin Mahu Bercerai?" 2

Rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddi sudah bertemu titik noktah, pelakon Nadia Brian meluahkan rasa syukur segalanya telah pun berakhir.

Mengakui jiwanya tidak tenteram dan tertekan menunggu pengakhiran tersebut, namun Nadia berkata atas berkata doa urusan lafaz cerai dipercepatkan.

BACA: Nadia Brian Bengang Dikata Lapar Perhatian

“Saya bersyukur kerana ia berakhir dan dipermudahkan. Alhamdulillah, doa ibu dan ahli keluarga melembutkan hati bekas suami. Usaha mempercepatkan urusan lafaz cerai dilakukan di luar mahkamah. Lama menunggu saya, tertekan juga.

“Jiwa pun tidak tenteram kerana menunggu pengakhiran ini. Kesakitan ditanggung terhadap benda yang tidak dilepaskan cukup perit,” katanya.

Nadia berkata tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai namun dia akur dengan segala ketentuan bahawa jodoh mereka tidak panjang.

“Bagaimanapun, siapa berkahwin mahu mengakhiri dengan perpisahan. Bukan ini tujuan perkahwinan saya. Namun, saya akur dalam kehidupan bukan semua tersusun seperti dimahukan.

“Nasib baik kami belum dikurniakan anak. Soal status janda, bukan benda menyeronokkan. Apakan daya, jodoh tidak panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia belum terlintas untuk mencari jodoh buat masa ini meskipun ada lelaki yang cuba mendekatinya.

“Saya nak cari rezeki dan bantu keluarga terlebih dahulu. Namun, saya tak mampu menolak pada masa akan datang. Jika diizinkan Allah, ada jodoh adalah… Biarlah, ia lebih baik.

“Saya pasti berkahwin sebab fitrah manusia hidup berpasangan. Saya tidaklah sampai tahap trauma dan membenci lelaki. Ada yang cuba mendekati dalam Instagram (IG), tetapi hati saya belum membuka ruang ini,” katanya.

Ramai yang menegur dirinya kelihatan semakin kurus, Nadia berkata mungkin kerana makan hati sehingga tiada selera makan.

“Mungkin juga disebabkan makan hati hingga tiada selera. Tetapi, saya memang menjaga badan dengan bersenam.

“Jadi, semua faktor ini mendorong saya menjadi lebih bersemangat mahu jaga badan. Lagipun, saya seorang pelakon, jadi kenalah jaga penampilan,” katanya lagi.



"Siapa Yang Kahwin Mahu Bercerai?" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo