Artikel Terkini

Sindiket edar dadah di daerah Barat Daya tumpas

Sindiket edar dadah di daerah Barat Daya tumpas
Sindiket edar dadah di daerah Barat Daya tumpas 1

BALIK PULAU – Kegiatan licik sekumpulan sindiket pengedaran dadah terdiri enam lelaki dan dua wanita tempatan yang dipercayai aktif di daerah Barat Daya di sini akhirnya tumpas apabila diberkas polis 23 November lalu.

Suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan dua buah rumah di Batu Maung oleh sepasukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).

Penahanan suspek terbabit turut membawa kepada rampasan dadah jenis pil ekstasi, eramin 5 dan ketamin bernilai RM31,365.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, serbuan pertama dijalankan pada 23 November lalu kira-kira pukul 10.10 pagi di sebuah rumah di Batu Maung.

”Pihak polis telah menahan enam lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia 20 hingga 35 tahun di rumah berkenaan.

”Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, pihak polis telah menemui dadah jenis pil ekstasi, pil eramin 5 dan dadah jenis ketamin di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan tangkapan suspek terbabit, polis kemudiannya menyerbu lokasi kedua di sebuah rumah juga di Batu Maung kira-kira pukul 12 tengah hari dan menemui dadah jenis pil ekstasi dan pil eramin 5 yang di simpan di rumah tersebut.

”Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek didapati positif dadah,” katanya di sini.

Berdasarkan risikan polis, dadah yang dirampas ini akan diedarkan di sekitar Barat Daya termasuk di kawasan Bayan Lepas. Selain itu, bekalan dadah yang dirampas juga boleh digunakan oleh seramai 1,926 orang penagih.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 23 November hingga semalam (30 November).

”Polis turut menyita wang berjumlah RM3000, sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah kereta jenis Proton Gen 2. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah RM74,365,” tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE.


Sindiket edar dadah di daerah Barat Daya tumpas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo