Berita

Sissy Iman ‘Rihanna’ yang tak menjadi


Kuala Lumpur: Penyanyi, Sissy Iman mengakui menjadikan penampilan penyanyi antarabangsa, Rihanna sebagai inspirasi untuk tampil sebagai pengacara karpet merah dan belakang pentas pada Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33), kelmarin.

Namun, gaya rambut dan busana yang ditampilkan mengundang kecaman warganet yang menyifatkan penampilan itu serba tak kena.

Sissy, 25, atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil​ berkata, apa yang ditampilkan adalah satu bentuk eksperimen selain menyifatkan ia masih sopan.

“Biasalah semua orang ada pendapat masing-masing. Jadi, ada orang nampak kena dan begitu juga sebaliknya. Ada juga yang nampak konsep saya itu extravaganza dan ada pula yang kata serabut. Apa pun, bagi saya ia masih kelihatan sopan dan saya pun nak mencuba sesuatu yang baru. Menjadi atau tidak, ia sangat subjektif. 

“Asal saja saya selesa dan tidak menjolok mata, jadi bagi saya, saya anggap ini eksperimen. Dalam masa sama, saya masih muda. Selalunya kalau saya tampil ‘sweet’ dan elok, tidak ada pula orang nak bercakap. Jadi, macam yang ini orang mungkin terkejut sebab tak biasa melihat saya tampil sebegitu. Bagi saya penampilan ini okay saja dan tidak ada masalah sebab ia masih sopan.

“Sejujurnya, memang saya inspirasikan Rihanna. Macam saya cakap, menjadi atau tidak, itu subjektif,” katanya.

Dalam masa sama, Sissy yang pertama kali diberi peluang mengendalikan karpet merah bagi acara anugerah menafikan dia sengaja berbuat sedemikian hanya kerana ingin tular.

“Bukan sengaja nak tular. Untuk imej saya malam itu, saya tak ambil tahu sangat. Apabila ayahanda (bapa) berborak dengan pereka fesyen dan jurusolek, jadi dapat tahu sikit saja. Tapi masih tidak dapat membayangkan ‘look’ penuh. Kiranya, saya serahkan sepenuhnya dan percaya pada ayahanda. Macam dikatakan, asal saja saya gembira dengan penampilan itu, saya berasakan ia sudah okay. 

“Saya serahkan pada ayahanda untuk perkara itu sebab nak memberi fokus kepada tugasan pengacaraan. Apatah lagi kena kendalikan belakang pentas membabitkan penaja, ia tanggungjawab untuk saya. Sebab itu saya kena fokus bahagian itu. Apa pun, saya tetap bangga dengan apa yang ayahanda sudah buat,” katanya.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo