Infotainment

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun
Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun 1

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 TahunFoto: Asia Nikkei

Solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun akan diadakan di Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul.

Artikel Berkaitan: Kembali Jadi Masjid Selepas 86 Tahun, Ini Sejarah Hagia Sophia Yang Dibina Pada Empayar Byzantine

Artikel Berkaitan: Berusia Seribu Tahun, Pernah Menjadi Muzium. Ini Fakta Menarik Gereja Chora Bakal Jadi Masjid Di Turki

Pelbagai acara untuk bulan Ramadan

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun 3Foto: Telegraph India

Memetik laporan Agensi Anodulu, beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid bersejarah tersebut, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.

Pada 2020, kerajaan Turki menukarkan status bangunan ikonik tersebut kepada masjid yang sebelumnya berfungsi sebagai muzium.

Walau bagaimanapun, masjid itu tidak digunakan kerana pandemik Covid-19 yang melanda Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

Pihak berkuasa Turki, memutuskan untuk membuka semula masjid tersebut pada bulan Ramadan selepas kebanyakan penduduk sudah divaksin dan jumlas kes baharu dan kematian dilaporkan semakin menurun.

Sejarah panjang Hagia Sophia

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun 4Foto: Holeinthedonut

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan  masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Selepas itu ia digunakan sebagai gereja untuk 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.

Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia menjadi antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Sumber: Agensi Anodulu 

 

 

 

 

Solat Terawih Di Masjid Hagia Sophia Turki Selepas 88 Tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list