Berita

SPNB tuntut tunggakan RM3.6 juta rumah RMR

SPNB tuntut tunggakan RM3.6 juta rumah RMR 2

Batu Gajah: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merekodkan tunggakan pembiayaan mencecah RM3.6 juta membabitkan 2,695 pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Perak.

Pengarah SPNB negeri itu, Tajul Safuan Abu Hassan berkata, jumlah merangkumi lebih sebahagian daripada keseluruhan 5,369 RMR siap dibina.

Untuk itu katanya, mulai awal 2021, pasukannya akan turun padang mengesan pemilik rumah dan mendapatkan penjelasan mengenai tunggakan pembiayaan yang gagal diselesaikan.

“Jika benar-benar bermasalah kita akan cari jalan penyelesaian dan memberi kaedah pembayaran paling bersesuaian untuk kemudahan pemilik rumah membayar tunggakan,” katanya pada sidang media sempena Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik SPNB Metro Maya (Fasa 1) kepada 73 pemilik di Metro Pengkalan di sini, hari ini.

Tajul Safuan berkata, setakat ini pihaknya mendapati kebanyakan tunggakan itu adalah hutang lama membabitkan tempoh antara setahun hingga lebih tiga tahun dan bukannya sepenuhnya ketika tempoh Covid-19.

“Kita tidak boleh mengambil kira Covid-19 sebagai (punca) masalah, ini kerana terdapat mereka yang tunggakannya sudah melebihi daripada tiga tahun, manakala pemilik yang terkesan dengan Covid-19 adalah 30 peratus sahaja.

“Kekangan kewangan ini mengakibatkan beberapa projek rumah mampu milik lain mengalami kelewatan ketika ini,” katanya memberitahu tindakan undang-undang akan diambil sebagai penyelesaian terakhir isu itu.

SPNB juga menyasarkan masalah tunggakan itu selesai tahun hadapan untuk melancarkan pembinaan projek perumahan lain, termasuk sasaran membangunkan 240 unit RMR.

Terdahulu, pada majlis itu, katanya, kediaman fasa pertama rumah berkenaan sepatutnya diserahkan pada April lalu namun, tertangguh susulan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Keseluruhan projek itu membabitkan 139 unit berkembar setingkat dan bakinya dijangka siap pada April 2021.

SPNB tuntut tunggakan RM3.6 juta rumah RMR 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo