Artikel Terkini

Status ‘jiwa lara’ dicop menjengkelkan, Janna Nick akui belum matang

Status ‘jiwa lara’ dicop menjengkelkan, Janna Nick akui belum matang
Status 'jiwa lara' dicop menjengkelkan, Janna Nick akui belum matang 1

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Janna Nick memohon maaf kepada mana-mana pihak yang merasakan hantaran ‘putus cinta’ dan ‘hati lara’nya dalam Instagram sebagai menjengkelkan.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu mengakui belum cukup matang untuk mengawal perasaan selepas mendakwa sudah berpisah dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

“Saya minta maaf seandainya hantaran saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar tak cukup matang dan kuat untuk mengawal situasi begini. Maafkan saya,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian sama, Janna memuat naik tangkap layar mesej seorang pengikut yang meluahkan rasa kurang senang terhadap perkongsian kisah cintanya dengan Dini yang dikhabarkan sudah berakhir.

Mesej berkenaan menyatakan Janna tidak perlu memuat naik sebarang hantaran berkaitan kisah putus cinta untuk tatapan umum.

“Awak sangat menjengkelkan. Sudah putus tak payah nak muat naik macam-macam.

“Petikanla, gambarlah. Itu tunjukkan awak nampak sangat teruk. Hormat sikit bekas kekasih dan hubungan kamu.

“Banyak lagi memori manis, hentikan fokus terhadap perkara yang teruk,” tulis komen netizen.

Dalam hantaran sama, Janna turut memuat naik foto dirinya di suatu lokasi dipercayai di Venice, Itali bersama iringan muzik yang difahamkan merupakan single terbaharunya.

Status 'jiwa lara' dicop menjengkelkan, Janna Nick akui belum matang 2
JANNA berkongsi tangkap layar kata-kata netizen yang menyifatkan dirinya sebagai menjengkelkan kerana memuat naik status berbaur kesedihan dalam Instagram.

Pelanyun lagu Gatal itu berjanji akan kembali dengan lebih kuat dan percaya, hanya yang mampu mengubati segala kedukaannya.

“Saya berjanji akan kembali dengan kuat. Hanya waktu akan merawat segalanya,” luah selebriti berusia 27 tahun itu lagi.

Bekas pengacara Melodi ini turut menulis beberapa potongan ayat semacam puisi pendek yang memberi bayangan situasi jiwanya kini.

“Terima kasih mentari setia pernah membelai hati yang dahaga, Pernah mendakap jasad yang meronta.

“Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan, Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” tulisnya.

Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran yang memberi gambaran hubungan dengan Dini sudah berakhir.

Sehari kemudian, Janna dilihat sudah berada di lapangan terbang untuk percutiannya ke Eropah.

Janna dan Dini mula menjalin cinta sejak Jun 2019 selepas kali pertama bertemu di lokasi penggambaran. Hingga saat ini, Dini juga belum memberikan sebarang pengesahan tentang kehancuran cinta mereka sebagai mana dakwaan Janna. – KOSMO! ONLINE


Status 'jiwa lara' dicop menjengkelkan, Janna Nick akui belum matang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo