Artikel Terkini

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi
Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 1

Pernah tak anda tahu yang mesin basuh pun kena cuci? Walaupun setiap hari dicuci dengan sabun dan peluntur pakaian. Mesin basuh siapa dekat rumah tempat letak sabun sampai hitam dan meleket, drum mesin pun nampak kelabu je…? Pasti ramai admin tahu! Jangan la ambil mudah ye, sayang mesin basuh tu. Beli mahal-mahal tapi tak dijaga. Hari ni Admin nak kongsikan tip dari Super Daddy Khairul Abdullah.

Dengan dua bahan ni je iaitu baking soda dan juga cuka, mesin basuh bersih berkilat dan wangi pulak tu. Perghhh memang terbaik la…Kalau tak percaya boleh la cuba.

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 2
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.

Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.

So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 3

Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.

 

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 4

Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.

1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.

Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.

2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah. Kalau takde dont worry.

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 5

3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.

Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih. Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?

Jom kita cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.

Sumber : Khairul Abdullah

Super Daddy Ini Kongsikan Cara Mudah & Jimat Cuci Mesin Basuh Agar Berkilat Dan Wangi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo