Berita

Syarikat Bertujuan Khas pacu pelaksanaan 5G di Malaysia

Syarikat Bertujuan Khas pacu pelaksanaan 5G di Malaysia 2

Kuala Lumpur: Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOMSPV) yang dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diyakini berupaya memacu pelaksanaan teknologi 5G di negara ini.

Jabatan Komunikasi Korporat SKKM memaklumkan, GOMSPV juga bertujuan menggalakkan pelaburan ke sektor yang memastikan jurang digital diminimumkan, selain mampu mencetuskan perubahan kepada pengguna, perusahaan dan negara secara umum.

“Usaha ini adalah kunci agar penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G.

“Beban 5G tidak terletak pada penyedia perkhidmatan dan pada masa sama, memastikan risiko jurang digital berada tahap minimum sepanjang pelaksanaan rangkaian 5G dengan penerusan pelaksanaan gentian optik dan rangkaian 4G,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, GOMSPV akan menawarkan perkhidmatan secara borong secara telus dan dikawal selia.

SKMM turut memaklumkan, penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan runcit akan mempunyai akses terbuka, saksama dan setara kepada rangkaian baharu.

Katanya, ini petunjuk kukuh ke arah pengurangan persaingan berasaskan infrastruktur dan mempertingkatkan persaingan berasaskan perkhidmatan yang memanfaatkan pengguna selain mengurangkan aliran keluaran asing terutamanya untuk peralatan baharu.

“Penyedia perkhidmatan runcit boleh melabur dalam perkhidmatan yang lebih inovatif dan membantu menjana pendapatan yang lebih baik manakala pengguna dapat menggunakan perkhidmatan baharu untuk menerokai lebih banyak sektor ekonomi berkaitan digital,” katanya.

Syarikat Bertujuan Khas pacu pelaksanaan 5G di Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo