Infotainment

Syarikat-Syarikat Automotif Dan Teknologi Perlu Menunggu Sehingga 38 Minggu Untuk Mendapatkan Bekalan Komponen Elektronik

Syarikat-Syarikat Automotif Dan Teknologi Perlu Menunggu Sehingga 38 Minggu Untuk Mendapatkan Bekalan Komponen Elektronik 1

Sejak tahun lepas, syarikat-syarikat automotif dan teknologi telah menghadapi masalah untuk mendapatkan komponen-komponen mereka yang digunakan untuk membina produk-produk mereka. Industri automotif dilihat diantara industri pertama yang menghadapi masalah ini, manakala syarikat-syarikat pembuat peranti juga terpaksa mengehadkan pengeluaran peranti kelas premium dan pertengahan mereka kerana masalah yang sama.

Malah Apple turut menghadapi masalah ini, dimana pada suku ketiga ini, mereka memperlihatkan penurunan dari segi jualan peranti, dan mengatakan bahawa masalah tersebut akan terus berterusan untuk suku terakhir tahun ini.

CEO daripada syarikat-syarikat seperti TSMC, Intel dan Samsung rata-rata mengatakan bahawa bekalan komponen ini dijangka akan pulih semula sekitar tahun 2023 kelak apabila mereka membuka lebih banyak kilang pembuatan cip pemprosesan dan komponen semikonduktor ini, tetapi sehingga itu, masalah bekalan komponen ini dijangka akan berterusan sepanjang 2022.

Menurut laporan Wall Street Journal, untuk industri-industri tertentu seperti automotif, syarikat-syarikat yang sebelum ini perlu menunggu 9-12 minggu untuk komponen-komponen seperti pengawal kuasa dan microcontroller kini perlu menunggu 25 hingga 38 minggu untuk mendapatkan komponen-komponen ini.

Syarikat-syarikat teknologi bukan sahaja satu-satunya industri yang terkesan. Isu bekalan bahan mentah juga menyebabkan syarikat-syarikat seperti Intel juga kehilangan punca pendapatan kerana mereka tidak boleh membangunkan bekalan cip pemprosesan, DRAM, dan komponen-komponen lain yang diperlukan untuk klien-klien mereka.

Laporan sama turut mengatakan bahawa penutupan kilang-kilang semikonduktor di Malaysia sepanjang PKP pada tahun lepas dan tahun ini, yang biasanya digunakan untuk mempakej komponen-komponen ini untuk beberapa bulan adalah diantara faktor utama selain kekurangan bahan mentah yang menyebabkan masalah bekalan ini. Kilang-kilang ini sudahpun dibuka semula selepas kes-kes positif COVID-19 menurun, tetapi ada diantara kilang-kilang ini yang masih belum beroperasi pada skala penuh untuk memenuhi permintaan cip pemprosesan dan komponen semikonduktor global.

Selain daripada itu, syarikat-syarikat teknologi besar dilihat memesan kuantiti cip pemprosesan dan semikonduktor yang besar juga menyebabkan masalah untuk syarikat-syarikat lain yang juga memerlukan komponen-komponen ini. Bagi syarikat besar, mereka mahu mengisi semula inventori simpanan komponen mereka kerana ketidakpastian mengenai masa hadapan bekalan komponen-komponen ini.

Syarikat-syarikat pembuat cip secara lazimnya akan mengisi permintaan yang lebih besar terlebih dahulu, dan hanya bekalan untuk syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang akan menyebabkan syarikat-syarikat ini terpaksa menunggu lebih lama untuk komponen-komponen mereka pula.

Setakat ini, ia dijangka bahawa masalah komponen elektronik ini akan berlanjutan sepanjang 2022, dan hanya akan menjadi stabil sekitar 2023 apabila syarikat-syarikat seperti Intel, TSMC, Samsung dan sebagainya meningkatkan kapasiti pengeluaran komponen-komponen elektronik mereka.

Sumber: Wall Street Journal

Syarikat-Syarikat Automotif Dan Teknologi Perlu Menunggu Sehingga 38 Minggu Untuk Mendapatkan Bekalan Komponen Elektronik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo