Berita

Tak boleh keluar masuk sesuka hati

Tak boleh keluar masuk sesuka hati 2

Kuala Lumpur: Mana-mana pihak termasuk pemain yang melanggar peraturan gelembung sukan ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan terus disenarai hitam sekali gus tidak boleh menyertai saingan Liga Hoki Malaysia (MHL).

Demikian amaran Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Anil Jeet Singh berhubung peraturan ketat konsep gelembung sukan untuk saingan MHL yang dijadual bermula 11 Mac sehingga 3 April depan.

Menerusi konsep itu, semua pasukan akan diletakkan di satu tempat yang akan diumumkan kemudian sekali gus tidak boleh keluar masuk dengan sesuka hati.

“Jika kami mendapati mana-mana pemain melanggar peraturan gelembung sukan, mereka akan terus disenarai hitam dan tidak boleh menyertai kejohanan serta masuk semula ke lokasi berpusat itu.

“Saya berharap jangan ada jurulatih atau pemain yang sudah berada dalam lokasi berpusat itu keluar. Bukan mudah untuk kami mendapat kelulusan menganjurkan kejohanan ini, jadi sila beri kerjasama.

“Kira-kira 600 pemain, jurulatih dan pegawai akan berkumpul di satu lokasi yang akan kami umumkan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.

Jelas Anil, semua perbelanjaan seperti penginapan, pengangkutan dan makanan akan ditanggung sepenuhnya oleh MHC yang menelan belanja kira-kira RM300,000.

Katanya, semua atlet dan pegawai yang terbabit diwajibkan melakukan ujian calitan.

“Sebaik saja mereka memasuki konsep gelembung sukan ini bermula 10 Mac, maka semua mereka berada di bawah tanggungjawab dan tanggungan kami.

“Semua pihak yang terbabit perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum memasuki kem berpusat dan akan melalui proses sama sepanjang tempoh gelembung sukan,” katanya.

Kejohanan yang sepatutnya bermula 13 Januari sehingga 20 Februari itu terpaksa ditunda sebelum ini selepas kerajaan mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Tak boleh keluar masuk sesuka hati 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo