Infotainment

Tak Mahu Longgok Di PPS, DSV Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Tak Mahu Longgok Di PPS, DSV Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Tak Mahu Longgok Di PPS, DSV Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir 1

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengambil inisiatif turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir kerana bimbang bantuan tidak diagihkan secara terus.

Menurut Vida, pada awalnya dia menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) namun dia risau adakah barangan tersebut akan diterima oleh mangsa banjir.

BACA: DSV Mengamuk Di IG, Mohon Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Dengkil

“Pada mulanya saya agih bantuan di PPS dan separuhnya terus kepada mangsa tetapi saya rasa tidak puas hati apabila meletakkan barang di PPS.

“Hari pertama memang saya longgokkan barang di PPS dan mula terfikir bantuan akan pergi kemana dan adakah akan diterima mangsa. Disebabkan tidak puas hati, saya terus hantar di pintu rumah mangsa banjir,” katanya.

Kata Vida lagi, dia tidak mampu untuk mengagihkan bantuan tersebut secara sendiri namun meluahkan rasa syukur ramai penghantar makanan turut membantu.

“Apabila tidak puas hati, saya mengambil keputusan untuk terus edar bantuan dari rumah ke rumah. Memang ambil masa tetapi mujur ada bantuan daripada ramai penghantar makanan.

“Bagi saya, jika ada kemampuan untuk mengagihkan bantuan seperti makanan, bantal dan tilam ke rumah-rumah mangsa, lakukanlah,” katanya.

Baru-baru ini, Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.


Tak Mahu Longgok Di PPS, DSV Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list