Infotainment

‘Tak Penat Ke?’ – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi ‘Kepuasan’ Sebenar Bila Pesakit Sembuh

‘Tak Penat Ke?’ – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi ‘Kepuasan’ Sebenar Bila Pesakit Sembuh

'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 1

Kini Trending

'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 2

Menggalas peranan dan tanggungjawab sebagai seorang doktor pakar bukan mudah seperti yang kita fikirkan. Untuk memperolehi jawatan sebagai ‘doktor pakar’ memerlukan masa lebih kurang 10 tahun bergantung kepada pengalaman dan ilmu individu itu.

Di Facebook, Dr Aizat Ilias berkongsi pengalaman perjalanan peribadinya menempuh 10 tahun dalam bidang pakar perubatan. Lebih menarik lagi, beliau berkhidmat tanpa mengharapkan habuan atau penghargaan asalkan pesakit yang dirawatnya kembali sihat seperti sedia kala.

'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 4

Foto: Facebook Aizat Illias

Dr Aizat Ilias merupakan salah seorang pelajar yang mendapat tajaan biasiswa MARA dan layak melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Moscow, Rusia selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat pengajiannya di sana, dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menyumbang bakti kerana difahamkan dia mengikat kontrak perjanjian dengan kerajaan susulan tajaan biasiswa tersebut.

Saya merupakan seorang bekas pemegang biasiswa MARA untuk tajaan ke Moscow, Russia bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang famous iaitu perubatan. Siapa yang tak happy, selaku second batch MARA, pergi ke Moscow pakai result trial SPM saja, mestilah bestkan. Saya mengikat kontrak dengan kerajaan untuk balik berkhidmat dengan KKM selepas pengajian saya. Pejam celik saya dah hampir lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan serta pakar dalam bidang saya.

Untuk sampai ke tahap saya, kena melalui pelbagai ragam manusia dan latihan. Training yang hampir memakan masa lebih daripada 10 tahun untuk menjadikan saya seorang pakar bedah. (Undergrad, HOship, MOship dan masta 4 tahun). Saya telah banyak berjumpa malah bekerja dengan ramai consultant yang hebat dan rajin. Kalau nak dibandingkan dengan saya memang jauh sangat. Banyak contoh yang hebat di depan saya dan saya hanya perlu memilih bagaimana acuan yang baik untuk saya nanti.

'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 6

Foto: Facebook Aizat Illias

Tidak dinafikan, sudah tentu banyak pengalaman yang dilalunya sepanjang 10 tahun berkhidmat dalam bidang ini. Satu kejadian yang telah membuka matanya untuk lebih berbakti kepada masyarakat dimana bos kepada Dr Aizat sanggup ke bilik pembedahan dan merawat seorang pesakit yang dipercayai daripada golongan asnaf dan anak yatim.

Sehinggalah sekarang hasil didikan orang di sekeliling saya, saya ditarbiah dalam bidang pembedahan untuk bekerja berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira dan bermimpi apa habuan saya dan senang cerita expected appreciation buat saya. Bos saya pernah berkata, kita patut bersyukur dengan kesihatan kita untuk berkhidmat untuk orang lain yang memerlukan, boleh jadi dia adalah seorang ayah, ibu, anak dan suami kepada orang lain di luar sana. Saya juga pernah ditunjukkan oleh contoh yang hebat, sewaktu saya di pusat pengajian, bos saya sanggup untuk datang membedah seorang pesakit yang datangnya dari orang susah dan pernah juga dia sendiri membedah pesakit yang terdiri daripada golongan asnaf dan juga anak yatim.

Saya bertanyakan, apa yang bos dapat daripada semua ini? Ya tuan-tuan, doa. Golongan istimewa ini doa mereka tidak berhijab, masakan Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis sahih disebutkan bahwa Nabi pernah berdoa, “Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin.” Ternyata mereka adalah orang istimewa.

'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 8

Foto: Facebook Aizat Illias

Dr Aizat menjadi lebih bersemangat dan terasa dihargai apabila pesakit-pesakit yang dirawatnya kembali sihat seperti sedia kala. Doktor pakar ini juga mengingatkan kepada semua orang untuk buat sehabis mungkin dalam setiap pekerjaan kerana usaha anda itu akan membawa manfaat kepada orang sekeliling.

Tak penatkah bos? Apa appreciation yang bos dapat? Dia hanya tersenyum. Sehinggalah soalan terakhir tersebut, tika saat ini sehingga saya memegang amanah sebagai pakar bedah, rupa-rupanya saya teringat kembali soalan tersebut untuk pengajar saya, baru saya tahu kepuasan yang tidak dapat dijual beli bila mana pesakit anda yang 3 bulan terlantar di hospital akibat kecederaan parah hampir nyawa-nyawa ikan telah dapat kembali ke pangkuan keluarganya, sehinggalah seorang pemuda yang mengalami kecederaan otak yang parah dapat membuka mata dan senyum kepada anda, detik pintu taubat yang masih terbuka buat seorang pemuda yang pembuluh darahnya hampir meletup disebabkan kesan cucuk ubat terlarang lalu mangalami komplikasi jangkitan kuman tetapi telah diselamatkan oleh doktor bedah. Kalau diikutkan banyak lagi cerita itu. Mereka ini adalah sumber kekuatan kami untuk meneruskan kerja-kerja kami.

Di sinilah turning point appreciation kita. Begitu juga dengan pekerjaan lain, jika anda seorang lawyer maka berbuatlah sehabis baik, jika anda menjual nasi lemak maka berjuallah dengan penuh ikhlas dengan niat supaya makanan kita akan menyebabkan orang lain sihat, jika anda seorang pembuat rumah maka berbuatlah dengan bersungguh boleh jadi rumah tersebut mungkin menjadi syurga untuk keluarga yang beriman.

Kita diberi amanah untuk kepakaran kita, lalu buatlah sehabis baik, usah mengharap ganjaran manusia kerana mengharap kepada manusia tidak akan pernah habis sampai bila-bila. Boleh jadi anda hero hari ni, esok anda mungkin akan dikecam akan kesilapan yang sedikit. Bersabarlah…

Sumber: Dr Aizat Illias


'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 10

The following two tabs change content below.



'Tak Penat Ke?' – 10 Tahun Bergelar Doktor, Lelaki Ini Kongsi 'Kepuasan' Sebenar Bila Pesakit Sembuh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo