Infotainment

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 2

Sebut sahaja bab penjagaan muka memang kami kaum wanita terutamanya akan teliti habis apa kelebihan yang ada pada sesuatu produk tu. Lagi-lagi kalau produk tu ada fungsi mencerahkan kulit wajah. Memang grab terus tak cakap banyak dah. Tapi kandungan lain pun kena juga lah tengok. Jangan rembat sebarangan takut-takut skincare yang anda rembat tu tak sesuai untuk kulit wajah anda.

Bab skincare yang kami nak share ni tak perlu risau lagi dah, sebab kami payung anda skincare yang siap ada fungsi pencerahan kulit wajah dengan harga yang tak masuk akal. Yang pastinya skincare ni mampu buat anda jadi wajah ala-ala Korea look giteew!

Soal ingredients anda jangan ragu-ragu. Sebabnya skincare ini mengandungi sumber bahan dari Korea iaitu jeju tangerine yang berfungsi mencerahkan kulit, Habbatus Sauda yang berperanan sebagai anti-oksidan di dalam skincare ini dan Vitamin B3 yang akan menjadikan kulit wajah anda kurang melanin.

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 3

Alia skincare ni memang berbaloi jika anda grab. Lagi-lagi produk ni hanya boleh dapat di Watsons sahaja. Faham-faham lah drugstore macam Watsons ni bukan sebarangan produk boleh mendarat. So anda tak perlu risau okey!

Bercakap bab Alia skincare ni, produk ni memang sesuai untuk anda yang tercari-cari produk halal tetapi dalam masa yang sama inginkan wajah Korea look yang cerah tu. Ni lah jawapannya! Bukan tu sahaja, Alia skincare ni juga mampu memperbaiki daya tahanan kulit kepada yang baru dan akan mengembalikan pigmentasi.

Okey! Sekarang meh kami nak bagi tahu anda satu persatu kebaikan yang ada pada Alia skincare ni.

1. Pencuci Muka Untuk Mencerahkan Kulit

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 4

Kalau anda nak bertukar skincare mesti anda mencari pencuci muka terlebih dahulu dan nak tahu apa kelebihan yang ada pada pencuci muka baru anda tu kan?

Okey, dengan produk ni anda tak perlu risau. Pencuci muka untuk mencerahkan kulit oleh produk Alia ni mampu menghilangkan sel kulit mati dan kusam, mengetatkan pori dan sekaligus memberi keanjalan kulit bak semulajadi.

2. Pencerahan Scrub Muka

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 5

Part scrub wajah anda memang kena teliti habis. Jangan sampai tersalah pilih scrub. Bila anda tersalah pilih kulit anda akan jadi lebih kasar gara-gara anda tidak baca kandungannya terlebih dahulu.

Tapi dengan Pencerahan Scrub Muka Alia anda dah tak perlu risau. Bila anda apply scrub ini dia akan buatkan kulit anda menggelupas dengan lembut, mencerahkan sambil membersihkan liang pori dan menghilangkan kekasaran pada wajah anda.

3. Krim Pelembap Pencerahan

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 6

Dalam rutin penjagaan wajah selain pencuci muka, toner juga penting untuk memberi result yang lebih baik pada wajah anda. Bila anda dah apply facial cleanser Alia, jangan lupa gunakan toner ni untuk menghilangkan jeragat pada wajah. Teskstur toner yang ringan, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit wajah juga boleh buatkan anda lebih selesa dan tenang selepas menggunakannya.

4. Krim Pencerah Siang Dengan SPF30

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 7

Okey, moisturiser ni sangat perlu untuk anda yang kulit kering dan inginkan kelembapan setiap masa. Kelebihan yang ada pada moisturiser Alia ni adalah mampu mencerahkan dan menyuburkan kulit wajah sekaligus memperbaiki warna kulit dengan lebih lembut.

Yang penting moisturiser ini mampu menghindari sinar UVA / UVB dengan perlindungan SPF 30. Fuhh! Memang tak ragu-ragu lagi lah bila berdepan dengan cahaya matahari pun. Tak perlu risau kulit burn lepas ni. Nak kulit cantik grab ja moisturiser ni.

5. Krim Pencerah Waktu Malam

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 8

Waktu malam, time nak tidur tu jangan lupa pula apply krim pencerahan waktu malam ni. Sebab time anda tidur dan berehat tu lah kulit wajah akan bekerja. Jadi bila anda apply night mousturiser ni ia boleh mengembalikan keanjalan kulit wajah semasa tidur dan mengurangkan pembentukan melanin. Yang paling penting kulit wajah anda akan lebih segar dan berseri-seri.

6. Krim Asas Pencerah

Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 9

Dengan krim asas pencerah oleh Alia skincare ini akan bertindak menutupi cela pada wajah, memberikan kilauan pada kulit tanpa cela, melindungi dari sinaran UV dan pencemaran serta mampu buatkan tone kulit anda menjadi sekata.

Amacam anda dah baca kan apa kelebihan yang ada pada setiap produk keluaran Alia? Jadi ini lah masanya untuk anda buat pilihan. Bab harga memang memang awesome habis lah. Jika anda tak percaya klik di sini untuk lihat sendiri harga setiap produk.

Jangan lupa terjah Watsons atau beli sahaja di sini untuk dapatkan produk pencerahan macam prduk Alia ni okey girls!



Tak Sampai RM100 Satu Set, Produk Skin Care Ala Korea Ni Hanya Ada Di Watsons 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo