Infotainment

“Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je”

“Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je”

"Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je" 1

Tidak dinafikan industri seni tanah air antara yang terjejas teruk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, satu kempen dijalankan iaitu #ApaKhabarAnakSeni sebagai tanda solidariti buat penggiat seni dan pekerja belakang tabir yang berdepan detik sukar ketika pandemik ini.

Pelakon Bell Ngasri antara selebriti yang turut menyokong kempen tersebut. Menerusi satu entri dimuat naik di Instagram, Bell berkata tidak semua penggiat seni golongan berada dan tidak mustahil jika ada yang hidup susah serte tergolong dalam B40.

BACA: Jadi Ikon Orang Tak Puasa, Anak Bell Ngasri Dipersenda Rakan Sekolah

"Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je" 2

“Itu bukannya buah oren..tapi mnunjukkan solidariti anak seni yg mungkin terkesan dek krn penutupan segala benda berkaitan seni. Seni ni luas.begitu juga cabang kerjanya pun beraneka jenis,beraneka macam..bukan setakat depan tabir,begitu juga yang berada di belakang tabir.

“Hampir keseluruhannya terkesan dan bukan semuanya golongan berada (kalau berada pon takat separa kayangan je la macam orang cakap), itupun dalam golongan M40. Majoritinya B40 gamaknya, silap-silap ada lagi bawah dari tu B24 ke B2B ke,” tulisnya.

Ujarnya, ada yang terpaksa bergantung harap kepada duit simpanan untuk meneruskan kehidupan. Kata Bell lagi, lebih terkesan sudah tentu pekerja belakang tabir.

Dalam pada itu, Bell turut berharap pihak berwajib mendengar luahan mereka memandangkan anak seni juga penyumbang kepada hasil cukai negara.

“Tak tahu la sebab kami-kami ni kerja dulu, baru dapat hasilnya. Nak pula zaman sekarang, tiap hari kena kerja je untuk menampung pendapatan diri dan keluarga. Ada simpanan ni kira Alhamdulillah kalau ada. Kalau beringat orang kata.

“Jadi, dek kerana saya terbabit dalam dunia yang kecil ni juga, pastinya saya bersama-sama mereka juga. Harapnya suara kecil mereka ini didengari.

“Mereka ini juga adalah peyumbang bukan sekadar seni mereka, tetapi mereka menyumbang juga kepada cukai-cukai yang dikenakan pada mereka setiap tahun oleh kerajaan,” tulisnya.

Perkongsian Bell itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizzen yang turut meluahkan pandangan sama serta mendoakan keadaan negara akan segera pulih dan dapat bekerja seperti biasa.



"Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo