Artikel Terkini

Tambang tiket feri ke Pulau Tioman turun sehingga 60 peratus

Tambang tiket feri ke Pulau Tioman turun sehingga 60 peratus
Tambang tiket feri ke Pulau Tioman turun sehingga 60 peratus 1

ROMPIN – Kerajaan Pahang bersetuju memberi kelulusan untuk menurunkan harga tambang tiket feri ke Pulau Tioman daripada RM50 kepada RM20 bagi mengurangkan beban penduduk di pulau itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan mengurangkan sehingga 60 peratus tambang tersebut bakal memberi manfaat kepada 3,500 penduduk di situ.

Dengan pengumuman itu katanya, secara langsung pengurangan tiket yang diberikan oleh kerajaan negeri menanggung dan memberi subsidi sebanyak RM500,000

“Saya mendapati kerajaan Pahang seharusnya mempertimbangkan keluh kesah penduduk di Pulau Tioman dan bersetuju memberi kelulusan untuk mengurangkan tambang feri daripada RM50 kepada RM20.

“Selain itu, harga tiket dari Mersing ke Kg. Tekek, Tioman juga dikurangkan dari RM30 kepada RM20,” katanya.

Justeru beliau berharap dengan penurunan harga tambang dapat meringankan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan Pahang telah memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi membaik pulih jeti di Pulau Tioman.

“Permohonan kepada Kementerian Pengangkutan telah dikemukakan bagi membaik pulih jeti terbabit yang menelan kos hampir RM8 juta dan kerajaan Pahang telah memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

Tambang tiket feri ke Pulau Tioman turun sehingga 60 peratus 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo