Artikel Terkini

Tangani pendarahan hidung dengan teknik yang betul

Tangani pendarahan hidung dengan teknik yang betul 1

Tangani pendarahan hidung dengan teknik yang betul 2

PENDARAHAN hidung atau masalah yang dipanggil sebagai ‘epistaksis’ yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak kadang kala mengundang panik bagi orang dewasa.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hidung berdarah boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma.

Juga, ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu ‘little area’ yang senang untuk berdarah.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan hidung berdarah. Antaranya, sejuk dan alahan, jangkitan pada salur hidung (sinus), trauma dan terlalu kerap bersin.

Menurut Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, sekiranya berlaku pendarahan secara tiba-tiba, terdapat panduan khusus atau teknik kecemasan yang betul boleh diamalkan.

Berikut merupakan teknik yang betul sekiranya situasi itu berlaku kepada anda atau ahli keluarga seperti yang disarankan oleh beliau:

  1. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  2. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Bernafas melalui mulut.
  3. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah di bahagian tersebut.
  4. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  5. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.

Dalam pada itu, juga penting untuk anda mengetahui apakah teknik yang salah ketika menangani kes hidung berdarah ini. Berikut dikongsikan langkah-langkah atau tindakan yang dianggap salah:

  • Dongakkan kepala atau berbaring. Ini kerana darah akan mengalir ke belakang hidung dan masuk paru-paru.
  • Masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Jika berbuat demikian, pendarahan tidak akan berhenti.
  • Biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja.

Dr Samhan, bagaimanapun, menasihatkan agar mereka yang mengalaminya agar segera berjumpa doktor jika pendarahan berterusan.



Tangani pendarahan hidung dengan teknik yang betul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link