Berita

Tawaran hebat Xiaomi pada malam kemuncak ABPBH 33

Tawaran hebat Xiaomi pada malam kemuncak ABPBH 33 1

Tawaran hebat Xiaomi pada malam kemuncak ABPBH 33 2

Kuala Lumpur: Kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang dibawa Xiaomi pasti lebih terasa apabila syarikat elektronik multinasional China itu menawarkan tawaran hebat kepada penonton sepanjang siaran langsung acara anugerah hiburan berprestij itu, esok.

Sempena ABPBH 33, Xiaomi menawarkan telefon pintar jenis Redmi 9A pada harga RM319 dan Mi 10T Pro bernilai RM1,999 dengan tawaran percuma Mi Smart Band 5 + Mi Casual Daypack.

Penonton yang mahu membeli mana-mana telefon pintar terbabit, boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan di kaca televisyen (TV) atau platform tontonan anda untuk mendapatkan gajet berkenaan.

Tidak cukup itu, pada siaran langsung bertemakan #ABPBHKITA2020 itu, paparan slogan ‘TAWARAN HEBAT’ akan disiarkan sebanyak empat kali sepanjang acara yang bermula jam 9 malam.

Penonton boleh merakam foto atau menangkap layar slogan ‘TAWARAN HEBAT’ dan menghantarnya kepada akaun Facebook Xiaomi Malaysia untuk menyertai cabutan bertuah. Penonton bertuah berpeluang memiliki pembersih udara, Mi Air Purifier 3H dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kepada akaun FB Xiaomi Malaysia.

Sementara itu, menambah keseronokan malam kemuncak, Xiaomi membawakan segmen TikTok yang bakal dikendalikan Haziq Hussni di belakang pentas.

Nantikan detik menarik, melucukan dan penuh debaran yang dipaparkan Haziq khusus buat peminat. Untuk itu, jangan lupa mengikuti akaun TikTok Xiaomi Malaysia (tiktok. com/@xiaomimalaysia). Antara lain, malam kemuncak ABPBH 33 bakal menampilkan Yonnyboii bersama pasangan duet, Shalma Eliana mendendangkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me.

Rekod cemerlang ABPBH yang diiktiraf acara hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia menjadi faktor menarik minat Xiaomi menjadi penaja utama bagi edisi ke-33 acara berprestij ini.

Presiden Serantau Asia Tenggara Xiaomi, K M Leong, dilaporkan berkata, ABPBH diibarat platform yang cukup dikenali dalam kalangan ‘anak- anak Malaysia’ dan kelebihan itu mendorong syarikat meneroka pasaran tempatan melalui acara berprestij ini.

Leong berkata, ABPBH menjadi ruang terbaik bagi syarikat memasarkan teknologi Xiaomi yang boleh dibeli pada harga berpatutan dan diakses di mana-mana.

Tawaran hebat Xiaomi pada malam kemuncak ABPBH 33 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo