Infotainment

Tekanan Kerja Melampau, Janna Nick Rakam Detik Menangis Dalam Kereta Akibat Emosi Terganggu

Tekanan Kerja Melampau, Janna Nick Rakam Detik Menangis Dalam Kereta Akibat Emosi Terganggu 2

Pelakon Janna Nick menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya dilihat telah berkongsi luahan hati di mana dia tidak lagi mampu menahan tekanan dengan urusan kerja seharian sehingga mendatangkan kekacauan pada emosi sejak kebelakangan ini.

Dia yang dilihat tidak dapat menahan sebak telah menitiskan air mata dalam video tersebut.

Kata Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,25, dia sangat suka untuk bekerja dan jadualnya difahamkan sangat padat sehingga hujung tahun.

Mengakui badannya merasa penat namun otak masih aktif untuk berfikir, Janna berkata dia terpaksa mencipta realiti palsu untuk dipaparkan kepada peminat di luar sana dalam menutup kesedihan yang dialaminya.

“Bayangkan saya duduk seorang, tak buat apa-apa tapi lima, enam suara dalam kepala memberi idea berbeza untuk bekerja. Ini realiti palsu yang saya cipta untuk nampakkan saya gembira dan ada kehidupan sempurna..”

Ujar pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, meskipun dia penat memikirkan soal kerja namun dia terpaksa kerana ingin mencari rezeki untuk dikongsikan bersama keluarga.

Tambah Janna lagi, dia hanya mahu mempunyai kehidupan normal seperti orang lain di mana membolehkan dirinya berehat dan mempunyai masa untuk diri sendiri namun tidak mampu berbuat demikian kerana ‘dikawal’ oleh kerjayanya kini.

Dia walau bagaimanapun berjanji akan memperbaiki diri kerana beranggapan semua yang terjadi adalah masalahnya sendiri dan hanya memerlukan rehat yang secukupnya untuk diri sendiri.



Tekanan Kerja Melampau, Janna Nick Rakam Detik Menangis Dalam Kereta Akibat Emosi Terganggu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo