Berita

Terkaya di Asia | Harian Metro

Terkaya di Asia | Harian Metro 2

Beijing: Jutawan air botol dan pelabur vaksin China, Zhong Shanshan muncul individu terkaya di Asia mengatasi rekod terdahulu yang dipegang ahli perniagaan India, Mukesh Ambani.

Berdasarkan Bloomberg Billionaire Index, kekayaan Shanshan meningkat kepada AS$70 billion (RM281.57 bilion) pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan nilai anggaran kekayaan dimiliki jutawan itu adalah AS$77.8 billion (RM313 bilion).

Pencapaian itu menjadikan Shanshan individu ke-11 terkaya di dunia, di belakang pengasas bersama Oracle, Larry Ellison.

Walaupun Ambani mungkin kehilangan kedudukan teratas di Asia, Pengerusi Reliance Industries itu tidak jauh ketinggalan kerana memiliki kekayaan bernilai AS$ 76.9 bilion (RM309.33 bilion).

Sumber kekayaan Shanshan diperoleh daripada dua syarikat utamanya iaitu pengeluar air botol, Nongfu Spring dan Beijing Wantai Biologic Pharmacy Enterprise yang membuat alat ujian vaksin dan hepatitis.

Nongfu Spring melaporkan pendapatan AS$3.5 bilion (RM14.08 bilion) pada 2019, manakala perusahaan farmasi Shanshan meraih pendapatan AS$171 juta (RM688 juta).

Kekayaan Shanshan melonjak naik pada tahun lalu selepas memasukkan Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise dalam Bursa Saham Shanghai pada April.

Selain itu, tawaran awam permulaan (IPO) bernilai AS$1.1 bilion (RM4.42 bilion) Nongfu Spring di Hong Kong pada September menjadikan Shanshan orang ketiga terkaya China dalam tempoh semalaman.

Jutawan berusia 66 tahun itu dikenali sebagai Lone Wolf kerana tidak pernah terbabit dalam politik atau kumpulan perniagaan.

Malah, menurut agensi penerbitan China, The Paper, lelaki itu jarang tampil di khalayak atau bercakap dengan media.

“Saya adalah orang yang bersendirian, dan saya tidak peduli apa rakan saya buat atau fikirkan,” katanya.

Berdasarkan biografi korporatnya, Shanshan dilahirkan di Hangzhou pada 1954 dan menuntut di Open University of China serta pernah bertugas menjadi wartawan akhbar pada 1980, sebelum mengasaskan syarikat farmaseutikal Yangshengtang Co Ltd.

Pada 1996, beliau mengasaskan pula Nongfu Spring dan kini menguruskan sendiri jualan syarikat, penjenamaan dan sumber manusia sebagai pengerusi eksekutif.

Terkaya di Asia | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo