Berita

Terkejut rumah dibaling Molotov Cocktail

Terkejut rumah dibaling Molotov Cocktail 2

Padawan: Sebuah keluarga di Kampung Beratok, di sini, cemas selepas bahagian hadapan rumah mereka terbakar dipercayai angkara khianat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku jam 1.10 pagi itu disedari oleh anak perempuan pemilik rumah ketika dia hendak tidur.

“Pada mulanya pengadu menyangka ia letupan mercun sebelum mendapati api sedang marak di hadapan pintu rumah.

“Pengadu bersama ayah, ibu dan kakaknya kemudian bergegas keluar dari rumah untuk memadamkan api berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa mendapati perbuatan itu dilakukan oleh dua lelaki yang menaiki Proton Iswara.

Katanya, kedua-dua lelaki itu yang tidak dikenali mangsa dilihat membaling satu objek yang dinyalakan api dipercayai botol kaca berisi petrol berdasarkan serpihan kaca dan bau petrol di tempat kejadian.

Aidil berkata, berdasarkan keterangan daripada keluarga berkenaan, mereka tidak ada sebarang masalah atau hutang dengan ceti haram.

Bagaimanapun, katanya pada Oktober tahun lalu, berlaku pertelingkahan antara keluarga terbabit dengan seorang wanita tempatan yang juga penjual sayur.

Beliau berkata, suspek tidak berpuas hati dengan bekalan sayur daripada bapa pengadu berhubung harga dan kualiti, selain bapa pengadu tidak lagi membekalkan sayur kepadanya.

“Suspek juga menuntut wang sebanyak RM200,000 daripada bapa pengadu dengan mendakwa dia melahirkan anak lelaki itu.

“Bapa pengadu tidak bersetuju dan ujian DNA dilakukan kedua-dua pihak serta mendapati bayi dan lelaki itu tidak ada berkaitan.

“Suspek tidak berpuas hati dan masih mendakwa keluarga pengadu menipu ujian DNA berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Aidil berkata, polis sedang mengesan suspek dikenali sebagai Jenny Phang berusia 30-an dan seorang lelaki dikenali Phiong juga berusia 30-an.

Terkejut rumah dibaling Molotov Cocktail 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo