Berita

Teroka masa depan cerah bersama BSN

Teroka masa depan cerah bersama BSN

Teroka masa depan cerah bersama BSN 1

Kuala Lumpur: Selepas lebih empat dekad dalam industri kewangan negara, Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah menempuh pelbagai evolusi, perubahan dan penambahbaikan seiring dengan peredaran arus dunia.

BSN juga sentiasa menjangkaui setiap ruang kehidupan pelanggan sama ada di kota mahupun luar bandar selama tempoh penubuhannya.

Cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, BSN tidak seperti bank komersial; menjalankan dwiperanan iaitu sebagai sebuah bank dan melaksanakan tanggungjawab dimandatkan oleh kerajaan untuk menggalakkan tabiat menyimpan serta memperkasa rangkuman kewangan rakyat negara ini.

Bersesuaian dengan dwiperanannya, BSN sentiasa membuat penambahbaikan produk simpanannya seperti BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang pada tahun ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang.

Bukan itu saja, BSN juga sudah melahirkan 57 jutawan sejak Cabutan Istimewa dengan ganjaran RM1 juta diperkenal pada tahun 2014.

Seiring dengan visinya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia Ketinggalan’, BSN turut menyediakan pelbagai platform perbankan menyeluruh supaya pelanggan mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, BSN bukan saja menawarkan produk perbankan semata-mata kepada pelanggan tetapi turut memberikan kelebihan tambahan seperti ganjaran menarik selain pakej kompetitif.

BSN turut menganjurkan kempen yang dijalankan bagi menyuntik semangat masyarakat untuk menyimpan, membiayai pelbagai keperluan malah memiliki rumah kediaman.

Justeru, Ketua Pegawai Perniagaan BSN Mujibburrahman Abd Rashid menyeru masyarakat mengambil peluang yang ditawarkan BSN bagi menggapai kehidupan yang lebih baik.

“Dengan penawaran pelbagai pakej dan kempen khas ini, pelanggan juga berpeluang memenangi ganjaran lumayan menerusi kempen yang kami jalankan.

“Jadi, marilah meneroka masa depan yang cerah bersama BSN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Antara kempen sedang berlangsung termasuklah Kempen BSN SSP 2021 yang turut menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang.

Pelanggan juga berpeluang memenangi RM1 juta setiap bulan melalui Cabutan Istimewa BSN SSP dan lebih istimewa, empat pemenang bakal memenangi RM1 juta dengan masing-masing dua pemenang pada Jun dan Disember nanti.

Bukan itu saja, seramai 65 pemenang turut berpeluang memenangi syiling emas melalui Kempen BSN SSP 2021 yang akan berakhir pada 28 Febuari ini.

Kempen kedua yang sedang dijalankan BSN adalah Kempen Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i bagi membantu pelanggan bukan sahaja membiayai pelbagai keperluan malah turut menawarkan bayaran bulanan yang lebih rendah apabila pelanggan membuat penyatuan hutang.

Menerusi kempen ini juga, pelanggan berpeluang memenangi ganjaran seperti Proton X50 dan hadiah bulanan yang menarik.

Kempen BSN Mega Home adalah kempen ketiga bagi membantu pelanggan merealisasikan impian memiliki rumah idaman melalui Pembiayaan Perumahan BSN.

Tidak hanya memiliki rumah, menerusi kempen BSN Mega Home ini juga, pelanggan berpeluang memenangi Proton X50 atau BSN SSP bernilai sehingga RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bsn.com.my.

Teroka masa depan cerah bersama BSN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo