Berita

Tetap tak boleh ‘shooting’ di kawasan PKP

Tetap tak boleh 'shooting' di kawasan PKP 2

Petaling Jaya: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menafikan kenyataan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang mendakwa sudah mendapat pecerahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti penggambaran di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu melakukannya di lokasi tertutup.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, Finas sudah merujuk MKN berhubung kenyataan terbabit dan dimaklumkan tiada perbincangan di antara pihak MKN bersama FDAM.

“Justeru, Finas menegaskan bahawa semua aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP. Manakala di kawasan yang dikuatkuasakan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan pula, aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak MKN buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim atau Mat London menerusi satu rakaman video berkata, pihaknya sudah mendapat pencerahan daripada MKN untuk kebenaran melakukan penggambaran dengan bersyarat sepanjang tempoh PKP hingga 26 Januari ini.

Menurutnya, syarikat produksi dibenarkan membuat penggambaran dalam lokasi tertutup di kawasan PKP manakala untuk keluar sempadan daerah, memerlukan pengesahan dan surat kebenaran daripada pihak polis.

Idham berkata, Finas sedang dalam perbincangan bersama MKN untuk memohon kelonggaran SOP penggambaran bagi sektor industri kreatif dalam usaha memastikan ekonomi industri kreatif tidak terjejas. 

“Finas juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan serta tidak memutarbelitkan fakta yang boleh mengelirukan penggiat industri kreatif.

“Finas akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman web www.finas.gov.my serta media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia. 

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat Finas di talian 03-7968 2182 atau emel di [email protected],” katanya.

Selasa lalu, Finas dalam satu kenyataan memaklumkan semua syarikat produksi perlu akur dengan larangan mengadakan penggambaran sepanjang tempoh PKP dan semua aktiviti penggambaran perlu dihentikan.

Bagaimanapun, bagi negeri yang tidak terbabit dengan PKP, aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan MKN. 

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilaksanakan bermula semalam hingga 26 Januari ini bagi menangani jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

Enam negeri yang menjalani PKP adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Melaka.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak pula berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Tetap tak boleh 'shooting' di kawasan PKP 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo