Berita

THT tampil skuad gagah | Harian Metro

THT tampil skuad gagah | Harian Metro 2

Kuala Terengganu: Gergasi Pantai Timur, Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengumumkan 21 pemain bagi mengharungi cabaran Liga Hoki Malaysia (MHL) yang berlangsung secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 14 Januari ini.

Bagaimanapun, kelibat import dari Korea Selatan yang juga pakar pukulan sudut penalti, Jang Jung Hyun tiada dalam senarai The Turtles yang sebelum ini berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain berpengalaman itu.

Namun yang pasti, naib juara Piala TNB edisi 2020 itu bakal mempertaruhkan penyerang muda meningkat naik kebangsaan yang sebelum ini menyarung jersi TNB, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

THT yang mengekalkan hampir 60 peratus muka lama turut diperkuatkan empat lagi bekas pemain TNB musim lalu iaitu Shello Silverius, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi.

Skuad kendalian bekas jurulatih Singapura, K Rajan turut merantai seorang lagi muka baharu iaitu Ismail Abu yang juga bekas tonggak pasukan sebelum ini.

Naib juara Piala Sumbangsih musim lalu itu turut membawa masuk tiga pemain skuad Sukan Malaysia (Sukma) negeri iaitu Nukman Hakim Mohammad, Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee dan Ameer Aiman Mohamad Saberi.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Mohd Fikri Harun menjelaskan skuad THT turut menyandarkan harapan kepada penyerang negara, Faizal Saari dan adiknya, Mohd Fitri selain pemain berpengalaman termasuk Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin dan penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman.

Katanya, turut berada dalam senarai pasukan termasuk Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran, Mohd Khairul Ikhwan Mohd Shabudin, Muhammad Firdaus Omar, Abdul Khaliq Hamirin, Muhammad Fakhri Ardillah Saifullah dan Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri.

“Sebelum ini kita berusaha untuk mendapatkan khidmat Jung Hyun namun tidak kesampaian kerana kelab yang diwakilinya tidak mahu melepaskannya biarpun kita mempunyai bajet yang cukup.

“Ketiadaan pakar pukulan sudut penalti itu yang juga penjaring terbanyak MHL musim lalu sudah pasti bakal memberi peluang kepada pemain tempatan untuk membuktikan kemampuan masing-masing terutama ketika situasi pukulan sudut penalti.

“Kita juga harapkan pengalaman jurulatih baharu, Rajan dapat menghadirkan impak positif buat pasukan terutama ramai pemain muda dipilih sebagai pendedahan awal,” katanya.

THT tampil skuad gagah | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo