Berita

Tiada kaki, tangan bukan penghalang cari rezeki

Tiada kaki, tangan bukan penghalang cari rezeki 2

Putrajaya: Tidak menjadikan alasan ketiadaan kedua-dua tangan dan kaki untuk tidak boleh bergerak mencari rezeki, Zarina Safian menggunakan kerusi roda elektriknya mengelilingi kawasan Tasik Sri Rampai di Setapak, Kuala Lumpur untuk menjaja kuih tepung pelita.

Ibu tunggal dengan sepasang cahaya mata itu mula menyediakan kuih tepung pelita menggunakan mesin khas untuk kegunaan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada 6 pagi, dan sebaik siap, Zarina akan meletakkan kuih berkenaan ke dalam bakul untuk memulakan aktiviti jualan pada 8 pagi hingga 4 petang, di kawasan berkenaan.

“Saya belajar buat kuih ni dari YouTube dan Alhamdulillah ramai yang suka hasil tangan saya sejak mula berniaga kira-kira tiga tahun lalu,” kata Zarina, 36, ketika ditemui pada majlis pelancaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), di sini, baru-baru ini.

Zarina merupakan salah seorang penerima terawal inisiatif di bawah SPPP kendalian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang membolehkan golongan sasaran antaranya OKU, pelajar dan belia B40 untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma.

Tidak malu dan berputus asa dengan keadaan fizikalnya yang tidak sempurna, Zarina berkata, beliau tidak mahu hanya duduk di rumah dan menunggu bantuan sampai sebaliknya mahu mencari rezeki tambahan bagi memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada anak-anaknya.

Selain kuih tepung pelita hasil air tangannya, Zarina yang menetap di Taman Setapak Jaya turut menjual kuih talam, seri muka dan karipap yang diambil dari pembuat kuih yang lain.

Mengakui penat perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk menjual kuih dengan menggunakan kerusi roda elektrik, Zarina berharap pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat memberikannya sebuah tapak tetap di sekitar Tasik Sri Rampai untuk menjual kuih.

“Cabaran sekarang ini, saya berniaga di kawasan pejalan kaki, dan saya tahu ia tidak sesuai tetapi di situlah tempat saya mencari rezeki.

“Saya berharap dengan adanya lesen perniagaan yang sudah didaftarkan dengan SSM ini, pihak DBKL akan membenarkan permohonan saya untuk mendapatkan tapak kekal untuk menjual kuih-kuih yang saya buat dan yang saya ambil dari orang lain,” katanya.

Zarina turut menyeru rakan-rakan OKU untuk mengambil peluang pendaftaran perniagaan percuma di bawah SPPP.

“OKU keluarlah, kalau tak keluar macam mana orang nak bantu kita,” katanya yang turut berkongsi pengalaman tentang keprihatinan pihak SSM, yang menjejakinya serta membawa beliau ke pejabat SSM untuk mendaftarkan perniagaannya.

“Jangan jadikan OKU sebagai alasan. Kita juga boleh berjaya,” katanya.

Tiada kaki, tangan bukan penghalang cari rezeki 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo