Artikel Terkini

Tiada kompromi asas perjuangan BN walaupun kerjasama dengan PH

Tiada kompromi asas perjuangan BN walaupun kerjasama dengan PH
Tiada kompromi asas perjuangan BN walaupun kerjasama dengan PH 1

KUANTAN – Perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi asas perjuangan tidak akan sesekali tergugat dan digadaikan.

Barisan Nasional (BN) Pahang masih dengan pendirian mengangkat kesejahteraan rakyat, pembangunan negara dan toleransi serta kepentingan hidup beragama meskipun berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut memberi jaminan kerjasama BN dengan PH tidak akan dilakukan dengan cara yang memaksa pihaknya berkompromi dengan prinsip dan pegangan parti selama ini.

“Kerajaan Negeri Pahang ditubuhkan hasil gabungan daripada dua blok parti iaitu BN dan PH, rakyat perlu faham mengenai asas penubuhan kerajaan ini dan teruskanlah berpegang dengan keyakinan bahawa hanya melalui kestabilan dan kerjasama yang profesional dan matang kita akan mendapat kemakmuran.

“Pembentukan kerajaan negeri bersama-sama dengan PH selari dengan perkembangan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Ini sudah pastilah memberi banyak kelebihan kepada Pahang dalam menjayakan agenda pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Pahang Plantations and Commodities Festival and Symposium 2022 dan Pahang Commodities Exhibition of Innovation and Technology 2022 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai juga mengharapkan kerajaan negeri dapat dinilai oleh rakyat  berdasarkan prestasi kerja yang ditonjolkan bukan sentimen dan persepsi yang memecahbelahkan perpaduan.

“Kita harus menjadikan pencapaian cemerlang sebagai kayu ukur paling ampuh dalam menilai mana-mana kerajaan atau kerjasama politik.

“Saya akan pastikan bahawa track record cemerlang kerajaan negeri sejak empat tahun kebelakangan ini akan terus diganda dan ditingkatkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada kompromi asas perjuangan BN walaupun kerjasama dengan PH 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo