Berita

Tiga kapal diserang lanun bersenjata

Tiga kapal diserang lanun bersenjata 1

Tiga kapal diserang lanun bersenjata 2

Singapura: Tiga kapal di Selat Singapura diserang lanun bersenjata dalam kejadian yang berlaku Ahad lalu.

Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam tempoh enam jam dengan kesemua kapal berada di lokasi berdekatan.

Namun, Pusat Perkongsian Maklumat Bagi Menangani Lanun dan Rompakan Bersenjata (ReCAPP) berkata, kejadian serupa mungkin berlaku lagi kerana tiada pelaku yang berjaya ditangkap.

ReCAAP berkata, lanun-lanun itu tidak menyerang anak kapal dalam ketiga-tiga kejadian berkenaan dan tiada anak kapal yang cedera.

Namun, peralatan kapal telah dicuri dari salah satu kapal dan kapal lain melaporkan kecurian pelampung.

Berita Harian Singapura melaporkan, tiada peralatan dicuri dari kapal ketiga.

Kejadian terbaru itu adalah yang ke-31 tahun ini, berbanding jumlah sama bagi keseluruhan tahun lalu.

Tiga kapal diserang lanun bersenjata 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo