Infotainment

Tim Cook : Pengguna Yang Ingin “Sideload” Aplikasi Boleh Guna Android, iPhone Utamakan Sekuriti

Tim Cook : Pengguna Yang Ingin “Sideload” Aplikasi Boleh Guna Android, iPhone Utamakan Sekuriti 1

Sejak kebelakangan ini, terdapat tekanan yang meminta Apple untuk membenarkan pemasangan aplikasi luar tanpa melalui AppStore. Namun, pihak Apple sedia mempertahankan posisi mereka, dan menekankan mereka mengutamakan privasi dan sekuriti untuk pengguna mereka.

Terbaru, Tim Cook turut mempertahankan perkara sama. Tim Cook mengatakan pengguna sedia mempunyai pilihan, sama ada mereka inginkan ekosistem yang selamat dan terlindung, atau inginkan ekosistem yang benarkan pemasangan aplikasi secara sideloading.

Tim Cook menekankan yang mana pengguna boleh memilih telefon Android sekiranya inginkan ciri sideloading. Mereka mempunyai pilihan berkenaan ketika mendapatkan telefon pintar di kedai. Privasi dan sekuriti diutamakan Apple, dan disebabkan itu tiada ciri berkenaan yang mungkin membahayakan pengguna. Beliau menambah dengan memberikan analogi membeli kenderaan, ia seumpama meminta pengeluar tidak menyertakan tali keledar dan airbag pada kenderaan. Tim Cook turut mengatakan ia tidak akan menjadi iPhone sekiranya tidak memaksimakan sekuriti dan privasi.

Tim Cook : Pengguna Yang Ingin “Sideload” Aplikasi Boleh Guna Android, iPhone Utamakan Sekuriti
Tim Cook : Pengguna Yang Ingin “Sideload” Aplikasi Boleh Guna Android, iPhone Utamakan Sekuriti 6

Apple turut sebelum ini pernah mengatakan yang mana perisian hasad lebih menyerang telefon Android, dimana hampir 47 kali ganda berbahaya – dan ia dikaitkan dengan ciri sideloading pada telefon Android.

Melalui sideloading, pengguna boleh memasang aplikasi tanpa melalui kedai aplikasi rasmi – sekaligus membuatkan ia terdedah kepada serangan pihak luar melalui aplikasi berbentuk perisian hasad.

Tim Cook : Pengguna Yang Ingin “Sideload” Aplikasi Boleh Guna Android, iPhone Utamakan Sekuriti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo