Infotainment

TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia

TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia
TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada bulan Mac lalu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan PLUS telah menandatangani satu kerjasama dalam melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya Malaysia seiring dengan komitmen kerajaan menuju pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissionsseawal tahun 2050.

Baru-baru ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din mengatakan TNB bakal membina infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sebagai sebahagian daripada kerjasamanya dengan PLUS Malaysia Bhd.

TNB menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) bagi memperoleh nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030 dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam merangsang pertumbuhan ekosistem BEV negara ini.

TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia 3

Sumber Gambar: Facebook Umar Ridzuan

Syarikat utiliti itu melabur sebanyak RM90 juta untuk menyokong ekosistem EV dalam tempoh tiga tahun. TNB dan PLUS menyatakan inisiatif tersebut melibatkan pembangunan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), pemasangan pemantauan kecekapan tenaga dan sistem fotovoltan solar di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS.

Tambah Datuk Baharin lagi, TNB juga sedang berbincang dengan pengendali lebuh raya serta pihak berkuasa jalan persekutuan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjayakan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang.

“Menjelang 2030, kami menjangkakan setengah juta kenderaan EV akan berada di jalan raya dengan keperluan pengecasan elektrik 2.3 TWh, bernilai RM1.26 bilion. Ini juga bermakna pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 4.4 juta tan dengan mengambil kira kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) di jalan raya,” tambahnya.

TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia 4

Sumber Gambar: Berita Harian

Beliau juga berkata pasaran EV berpotensi untuk 3,300 lokasi pengecasan bagi 33,350 BEV di jalan raya menjelang 2025 dengan hasil elektrik tahunan mencecah RM80 juta, yang dijangka meningkat kepada 18,000 tempat pengecasan bagi 524,409 BEV.

Selain membina infrastruktur pengecasan, TNB juga mempunyai perancangan lain dalam meningkatkan kesedaran penggunaan EV di Malaysia.

Antaranya adalah elektrifikasi kira-kira 4,200 kenderaan TNB sendiri, menaja kajian berkaitan EV, kursus peningkatan kemahiran & kemahiran semula untuk industri EV dan memupuk gabungan dalam kalangan pemain-pemain sektor EV tempatan.

Sebelum ini TNB dan PLUS telah menandatangani satu kerjasama pembangunan pengecas kenderaan elektrik di lebuh raya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PLUS Dan TNB Berkerjasama Dalam Membangunkan Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Lebuhraya

Mudah Dan Pantas, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Isi Minyak Guna RFID TNG eWallet

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit


TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list