Berita

UPKK 2020 ditunda tahun depan

UPKK 2020 ditunda tahun depan 1

UPKK 2020 ditunda tahun depan 2

Kuala Lumpur: Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun ini ditunda berikutan penularan pandemik Covid-19 dan akan dilakukan serentak dengan UPKK tahun depan iaitu dari 4 hingga 7 Oktober 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) selepas mempertimbangkan kepentingan semua pihak.

Beliau berkata, ia membabitkan lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab dan Lughah Al-Quran.

“Sementara ujian bagi subjek al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dilaksanakan 1 hingga 30 September 2021.

“Jadual pelaksanaan bagi ujian bertulis, amali dan lisan akan dimaklumkan kelak.

“Penjadualan ini membolehkan calon membuat persediaan mencukupi sebelum menduduki peperiksaan, tahun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan pindaan turut dilakukan untuk penilaian subjek berbentuk amali yang merangkumi amali solat dan penghayatan cara hidup Islam.

Katanya, sebarang catatan penilaian sepanjang sesi persekolahan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) termasuk ujian bulanan, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh diambil kira sebagai satu bentuk penilaian.

UPKK dilaksanakan semasa pelajar berada di tahun lima dan calon UPKK perlu menduduki kelas KAFA iaitu program pengukuhan berkonsepkan pendidikan Islam peringkat rendah, sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun untuk menduduki peperiksaan itu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • UPKK 2020 ditunda tahun depan 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo