Berita

Vaksin: Juruterbang bangga jadi sebahagian daripada sejarah negara

Vaksin: Juruterbang bangga jadi sebahagian daripada sejarah negara 2

Kuala Lumpur: “Saya berbangga kerana diberi kepercayaan untuk menerbangkan pesawat yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 sekali gus menjadi sebahagian daripada detik bersejarah yang ditunggu rakyat Malaysia,” kata juruterbang pesawat Airbus 330-300, Kapten Hamdan Che Ismail, 49.

Terdahulu, beliau menerbangkan pesawat berkenaan yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

Hamdan berkata, beliau dimaklumkan mengenai tugasan penting berkenaan oleh pihak atasan pada minggu lalu.

“Dalam penerbangan ini, saya dibantu Kapten Mohd Samsurin Mohd Mustafa bersama dua anak kapal, seorang juruteknik serta seorang ‘senior manager’ MasKargo sebelum berlepas dari KLIA ke Singapura jam 6 pagi tadi.

“Kami tiba di Singapura jam 7 pagi sebelum kerja-kerja pemindahan vaksin ke dalam pesawat dan berlepas dari negara berkenaan jam 9 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hamdan yang berasal dari Tumpat, Kelantan berkata, tiada persiapan khusus dilakukannya untuk menerbangkan pesawat berkenaan, hari ini.

“Penerbangan ini sama sahaja seperti penerbangan lain. Namun, ada sedikit rasa bimbang ketika menerbangkan pesawat ini tadi kerana vaksin berkenaan mempunyai jangka hayat tersendiri serta suhu perlu sentiasa dipastikan pada paras rendah.

“Bagaimanapun, saya tidak terlalu memikirkan perkara itu memandangkan jarak penerbangan ini adalah dekat selain jumlah vaksin yang dibawa bukan jumlah besar,” katanya.

Menurutnya, beliau berasa gembira kerana menjadi sebahagian daripada pihak yang terbabit dalam penghantaran kumpulan pertama vaksin terbabit.

“Saya anggap tugasan ini sebagai peluang untuk saya memberikan sumbangan dalam peristiwa bersejarah ini.

“Ia sekali gus membolehkan saya merasai perasaan membawa sesuatu yang berharga kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Vaksin: Juruterbang bangga jadi sebahagian daripada sejarah negara 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo