Artikel Terkini

Wanita Indonesia bergurau bawa bom diberkas di LTAPP

Wanita Indonesia bergurau bawa bom diberkas di LTAPP
Wanita Indonesia bergurau bawa bom diberkas di LTAPP 1

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia yang kononnya bergurau membawa bom dalam bagasi akhirnya membawa padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas , di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, wanita berkenaan yang dalam perjalanan ke Medan, Indonesia diberkas ketika pemeriksaan beg dijalankan di kaunter daftar masuk LTAPP.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati wanita berusia 33 tahun itu bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak menyebut dengan lantang ada bom sehingga didengari kakitangan di kaunter.

”Perkataan ada bom ini turut didengari orang lain yang sedang menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di lapangan terbang tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian wanita itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Medan pada pukul 5.30 petang.

“Wanita ini kini direman selama dua hari sehingga esok dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE


Wanita Indonesia bergurau bawa bom diberkas di LTAPP 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo