Infotainment

“Watak Wanita Berebut Lelaki Dah Tak Sesuai..” Nur Fazura Akui Memilih Watak Untuk Berlakon Kembali

“Watak Wanita Berebut Lelaki Dah Tak Sesuai..” Nur Fazura Akui Memilih Watak Untuk Berlakon Kembali 2

Pelakon yang kini bergelar ibu kepada seorang anak, Nur Fazura Shariffudin menegaskan bahawa dia sudah tidak sesuai untuk membawakan watak wanita berebut lelaki ataupun cinta tiga segi dalam mana-mana karya yang ingin dilakonkannya.

Ujar Fazura lagi, dia mengakui bahawa kini agak memilih watak untuk berlakon di mana dia lebih berminat untuk membawakan karakter yang lebih menjurus kepada perjuangan dan semangat kental seorang wanita.

Tambahnya lagi, pada ketika ini dia masih belum terlibat dalam mana-mana aktiviti penggambaran drama namun banyak menerima tawaran berlakon.

“Tawaran berlakon yang datang itu banyak, cuma jalan cerita watak akan dilakonkan itu saya rasa sudah kurang sesuai untuk dibawakan. Kisah cinta tiga segi tak sudah, menangis lagi kerana lelaki saya rasa dah tak perlu dilakonkan lagi..”


Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu walau bagaimanapun ada memberi ‘hint’ untuk kembali beraksi di mana dia agak tertarik dengan tawaran jalan cerita dan watak diberikan oleh pengarah terkenal, Michael Ang untuk drama terbarunya nanti.

Fazura dalam pada itu berkata bahawa soal berlakon kembali atau tidak itu bergantung kepada rezeki kerana tumpuannya lebih utama kepada perkembangan anak sulung, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam bulan.

“Bagi saya, terserah pada rezeki Allah, kalau ada, terima asalkan tidak menganggu masa bersama Fatima. Untuk stamina bekerja, saya memang tiada masalah kerana sangat suka bekerja. Tahun lalu pun, beberapa hari sebelum bersalin, saya masih lagi bekerja.”

Jelasnya lagi, rasa rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran itu sentiasa ada dalam hati kecilnya namun memikirkan anaknya yang masih kecil, Fazura enggan meninggalkan cahaya matanya itu terlalu lama jika sudah masuk bekerja.

Dia juga turut mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu istimewa buat Fatima dan berhasrat untuk memuatkan satu lagu dalam album terbaru namun terpaksa melupakannya buat seketika kerana situasi pandemik yang melanda negara.

Mengimbas kembali, Fazura dan suami, Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



“Watak Wanita Berebut Lelaki Dah Tak Sesuai..” Nur Fazura Akui Memilih Watak Untuk Berlakon Kembali 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo