Artikel Terkini

“Wow, jimat RM48K+ untuk beli rumah pertama tahun depan?”

“Wow, jimat RM48K+ untuk beli rumah pertama tahun depan?” 1

“Wow, jimat RM48K+ untuk beli rumah pertama tahun depan?” 2

Pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas buatkan ramai pembeli rumah pertama menarik nafas lega. 

Selain bermacam-macam promosi oleh pemaju dan juga kadar faedah yang rendah (OPR turun kepada 1.75%), ada satu lagi berita baik yang dimaklumkan semasa Belanjawan 2021 baru-baru ini. 

Tok berani cakap, 2021 akan menjadi tahun terbaik untuk membeli rumah pertama. Teruskan bacaan kalau anda serius nak tahu. 

Pembeli rumah pertama, layak dapat diskaun tak masuk akal ni? 

Seperti yang anda sedia maklum, Menteri Kewangan kita kongsikan berita gembira ini sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 pada minggu lepas. 

Perkara ini tertumpu kepada hal pemilikan rumah pertama. Berita gembira tersebut adalah pengecualian Duti Setem bagi pembelian rumah pertama.

Pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas 2 perkara: 

  • Surat cara pindah milik (Memorandum of Transfer atau MOT), dan
  • Perjanjian pinjaman (Loan Agreement). 

Dua perkara ini tertakluk kepada rumah kediaman pertama yang bernilai sehingga RM500,000. 

Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan untuk tempoh mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025. 

Long story short, anda boleh dapatkan pengecualian penuh untuk duti setem untuk 2 instrumen ini. Dengan syarat, hartanah yang anda beli bernilai bawah RM500,000. 

Apa impak pengecualian Duti Setem ini kepada pembelian rumah pertama? 

Tok kongsikan satu contoh situasi supaya anda mudah faham. 

Katakan, anda dah target nak beli satu hartanah ni yang bernilai RM400,000 di Selangor. 

Cukai duti setem ada beberapa peringkat yang ditetapkan. Setiap peringkat tu, ada peratusan yang tersendiri. 

Berikut adalah peringkat peratusan duti setem yang terkini: 

  • 1% untuk RM100,000 pertama, 
  • 2% untuk RM100,001 sehingga RM500,000, 
  • 3% untuk RM500,001 sehingga RM 1 juta, 
  • 4% untuk RM 1 juta atau lebih. 

Kita ambil contoh kes yang Tok kongsikan dekat atas tadi (harga rumah RM400,000) dan buat kira-kira: 

  • 1% dari RM100,000 pertama = RM1,000, 
  • 2% dari RM300,000 = RM6,000. 

Jadi, total anda perlu bayar untuk kos duti setem adalah RM7,000. 

Ini cara kira kos duti setem untuk perjanjian pinjaman

Untuk perjanjian pinjaman, kadar duti setem adalah tetap pada 0.5% dan dikira mengikut keseluruhan jumlah pinjaman yang anda dapat.

Kita guna contoh asal sebelum ni. Katakan, anda dapat pinjaman 90% daripada bank untuk rumah harga RM400,000 tadi. 

Anda akan dapat pinjaman sebanyak RM360,000. 

Daripada jumlah pinjaman ini, kiraan kos duti setem untuk perjanjian pinjaman adalah seperti berikut: 

  • 0.5% X RM360,000 =
  • RM1,800

“Macam banyak je nak kena bayar ni…” 

Untuk rumah RM400,000, ini jumlah keseluruhan kos duti setem yang anda kena bayar: 

  • RM1,000 + RM6,000 + RM1,800 = 
  • RM8,800

Banyak ke? Kalau tanya Tok, macam-macam boleh buat dengan duit banyak tu. Lebih-lebih lagi waktu PKP ni. 

Tapi dengan pengecualian duti setem yang diumumkan pada Belanjawan 2021, anda tak perlu risau tentang kos ini lagi. 

Bermakna, anda akan jimat sebanyak RM8,800 untuk kos duti setem bila membeli rumah pertama! 

Tak cukup? Nah, Tok belanja lagi!

Bukan setakat tu saja. Bawah Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign, atau HOC 2.0), anda juga akan dapat insentif berikut: 

a) Pengecualian duti setem kepada surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta. 

Cuma, pengecualian ini tertakluk kepada syarat pemberian diskaun minimum 10% oleh pemaju, dan pengecualian atas surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah tersebut. 

b) Pengecualian duti setem penuh ke atas perjanjian pinjaman untuk Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021. 

Kalau anda beli rumah lebih RM1 juta, maaf. Anda tak dapat pengecualian ini berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam HOC 2.0.

Sama juga kalau beli rumah lepas 31 Mei 2021. Anda tak dapat sebarang pengecualian. 

“Kalau gabung HOC 2.0 dengan pengecualian kos duti setem ni, apa jadi Tok?”

Ini jawapan ringkas Tok:

“Anda boleh kurangkan kos bayaran sebanyak RM48,800!”

Kita guna balik kes sebelum ini (beli rumah bernilai RM400,000). Kalau tak ada semua insentif ni, anda kena bayar sebanyak: 

  • Wang pendahuluan: RM40,000, 
  • Kos duti setem untuk pinjaman: RM1,800, 
  • Kos duti setem untuk surat cara pindah milik (MOT): RM7,000. 

Jumlah yang anda kena bayar adalah sebanyak RM48,800. 

Tapi kalau gabungkan semua diskaun pemaju dan pengecualian duti setem ni, anda akan jimat sebanyak RM48,800 untuk beli rumah berharga RM400,000

Sekarang cuba bayangkan. Apa yang anda boleh buat dengan duit sebanyak tu? 

Pada pandangan personal Tok, ini peluang baik yang tak patut pembeli rumah pertama lepaskan. 

Kerajaan dah perkenalkan bermacam-macam insentif untuk anda untuk membeli. Tok harap, anda memanfaatkan sebaik-baiknya peluang ini bermula tahun depan. 

Semoga berjaya, Tok doakan! 

“Wow, jimat RM48K+ untuk beli rumah pertama tahun depan?” 2

Source link