Infotainment

XPeng Memperlihatkan Kereta Terbang Yang Turut Boleh Digunakan Di Jalan Darat

XPeng Memperlihatkan Kereta Terbang Yang Turut Boleh Digunakan Di Jalan Darat 1

XPeng merupakan salah satu syarikat pengeluar kennderaan elektrik di China, dan turut mempunyai beberapa syarikat kerjasama dibawah mmereka. Salah satunya adalah HT Aero – yang mana pada hari ini telah memperlihatkan kereta terbang terbaru mereka.

Kereta terbang yang diperlihatkan oleh HT Aero hari ini boleh digunakan di atas jalan darat, dan turut boleh digunakan sebagai kereta terbang.

Konsep yang diperlihatkan ini adalah berbeza berbanding pelbagai kereta terbang yang diperlihatkan sebelum ini berbentuk dron dan hanya boleh digunakan untuk terbang sahaja, dan bukannya di jalan darat.

HT Aero menyasarkan untuk memperkenalkan kereta terbang ini seawal 2024 – tetapi, rekaan akhir kereta berkenaan mungkin berubah.

HT Aero menjayakan rekaan mereka dengan mempunyai bilah terbang yang dilipat ke dalam. Ini sekaligus membolehkan kereta digunakan di jalan darat, dan seterusnya boleh dibuka bilahnya untuk terbang di udara.

Seperti biasa, ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan rekaan kereta terbang HT Aero ini.

XPeng Memperlihatkan Kereta Terbang Yang Turut Boleh Digunakan Di Jalan Darat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo