Infotainment

Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut

Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut
Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut 1

Selepas hampir setahun berehat daripada belakon kerana menumpukan perhatian pada anak, pelakon Zahirah MacWilson berkata sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja.

Menurut Zahirah lagi, dia kini dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang akan membantu menjaga anak lelakinya, Isaac Raees.

BACA: Zahirah Macwilson Akui Letih Urus Rumahtangga Sendirian

“Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.

“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.

“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap,” katanya.

Dilihat semakin langsing seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata dia tidak mengamalkan diet sebaliknya berat badannya susut kerana sibuk menguruskan anak.

“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman. Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kencing manis pula.

“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan,” katanya.


Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list